Tuesday, May 31, 2011

terima kasih BRADER BEN!

Aku telah membuat promosi di facebook Sahabat Blogger bagi mnarik lebih ramai follower.Aku target dalam 100 orang je follow blog aku dalam masa sebulan (ermm…memangla sikit tapi bermakna bagi blogger kecil2an macam aku ni).Tiba2 agaknya brader Ben Ashaari terbaca aku punya `impian dan harapan`.So dia buat satu entry*buat aku terharu:
Selasa, 31 Mei 2011

ZUFASYAZUL
Kenapa aku pilih blog ni ? Haaa... tu korang kena tengok sendiri .. dan dia ada matlamat dia ... aku nak tolong capai matlamat dia.. hehhe..
Apakah matlamat dia ? g tengok kat http://zufasyazul.blogspot.com/


p/s: arigatou Brader Ben merealisasikan matlamat (entah pape) sy ni :D *jasamu dikenang^^.Dan selepas itu follower aku mencapai  100 orang dalam masa 5 minit.Alhamdulillah XD.Selepas ni insyallah aku akan buat entry2 yang best2 khas buat korang :]

Sunday, May 29, 2011

Kritik jangan tak kritik!!




memang lumrah kehidupan manusia ni,,semua benda nak kritik,,.Tengok tu nak komen tengok ni tak puas hati.Almaklumlah setiap manusia mempunyai kelemahan diri sendiri.Sebenarnya perkataan Kritik berasal dari bahasa Greek κριτικός, kritikós - "yang membezakan", perkataan ini sendiri diturunkan dari bahasa Yunani Kuno κριτής, krités, yang bermaksud "orang yang memberikan pendapat beralasan" atau "analisis", "pertimbangan nilai", "interpretasi", atau "pengamatan". Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan seseorang pengikut pendirian yang berselisih dengan atau menentang objek kritikan.




Masalahnya bila dah bagi kritikan mencaci,,memaki,,masihkah dikira kritikan??.Itu menghina namanya!!.Apa salahnya kalau bagi kritikan tu yang sopan dan membina..tak salahkan??..Lagipun siapa kita di muka bumi Allah ni nak menilai yang buruk2 pasal orang lain.CERMINLAH DIRI DAHULU ye pakcik2,,makcik2,,adik2,,abang2 dan kakak2.





Berikut aku kongsikan sdikit :

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.

 Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).

p/s : saja biarkan tulisan merah biar nampak sikit,,(ehem ehem..).

Tuesday, May 24, 2011

Bento yang comel :D

wahhh

apa ni??

comel!!


haa,,apa ni??.kalau korang nak tau bento adalah sejenis `lunch box' atau dalam bahasa kita ni,, bekal makanan.Apa yang menarik adalah,,,ermmm..memang menariklah.cuba korang tengok sendiri kreativiti bekal diorang ni.Ada pelbagai bentuk dan warna yang sangat menarik.

creepy dude -___-" (lalu tak nak makan ni??)

Untuk pengetahuan,,segala pewarna yang digunakan adalah dari alam semulajadi.Misalnya jika anda menginginkan makanan di dalam bento anda bewarna merah jambu anda boleh menggunakan kobis merah dan lemon dengan merebus bahn2 tersebut.





wahh,, siap ada kit ^^v




JT-yoshienbento1.jpg


p/s kebiasaannya para wanita dan gadis2 (seperti aku) memang suka benda ni.Kakak aku yang kenalkan aku dengan benda alah ni.Arigatou na!!

Sunday, May 22, 2011

saya bukan penjual stokin tau

sebenarnya tak ada kaitan sangat tajuk aku dengan entry aku hari ni.aku cuma terpanggil nak tulis tentang aurat wanita iaitu ibu jari kaki,,kenapa??sebab aku terbaca blog seorang hamba Allah mempertikaikan mengapa dan kenapa ibu jari kaki wanita adalah aurat.Dia seolah-olah tidak berpuas hati,,jadi saya di sini ingin memberi sedikit pendapat saya mengapa ibu jari kaki wanita adalah aurat.

Seorang lelaki (berusia 30-an) memberitahu saya dan kawan2 bahawa ada lelaki yang boleh `menilai' seseorang wanita itu hanya berdasarkan ibu jari kakinya (korang nak ke lelaki menilai korang??).Kami sendiri telah melihat ujian yang dilakukan lelaki tersebut dengan meneka sifat2 wanita tersebut.Hampir semuanya sama!.Hukum islam ditetapkan untuk wanita bukan kerana ingin mengongkong tetapi melindungi.Melindungi dari kejahatan nafsu,,




kalau tak salah aku aurat seorang wanita depan boboy bukan mahram adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

Dan hukumnya adalah wajib berdasarkan hadis ni;

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi; dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;

“Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud)

Aku rasa hadis ni femes kot. Tapi tinggal nak amalkan tu yang susah tu (tak taulah apa yang susah sangat). Stated there, ‘seorang wanita yang telah sampai umur baligh’ aku yakin semua yang baca belog busuk ni memang dah baligh. Ade ke yang belum? Hahaha boleh pulak aku tanya in public macam ni bhahahaha== stated also in the hadis, ‘Selain muka dan 
tapak tangan’, Maksudnya kaki pon aurat juga betul tak maklong makngah? ^0^

 sekarang pun banyak jual stokin kan kat luar sana,,belilah sepasang dua (pastikan stokin yang dah pakai tukar ye kak,,hehe)kita tak rugi apa2 pun tutup aurat ni,,malah dapat pahala ^^V

tapi janganlah pulak stokin pakai,,tudung terbang (tak gunalah pakai stokin kalau macam tu)

Saturday, May 21, 2011

lagu puja dajjal

Assalamualaikum
hye hye everyone
stalkers/readers


Okay!
hari ini saya akan berkongsi lagu berkisar DAJJAL
walaupun sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan,,saya rasa betul
renung2kan dan selamat beramal ;))

yes!
DAJJAL songs! Ya Allah, just can't believe it
when i heard this song play, i just wondering and suddenly feel so SCARED!
and yes! i have to do something so that i will not TURN TO HIS LIES. ever!
who lies?
the dajjal lies of cos

The dajjal song that i mean is the song singing by DIDDY named COMING HOME
familiar isn't it?
so
i'm here to show you some of the lyrics that REALLY shows that
the dajjal is really really really want to coming back to his home!
which home?
home named EARTH!
the desert really shown a MEANINGFUL message!
akhir dunia akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan
pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya


and here is the lyrics
i will help you to REFINE why i RETITLE this song as the dajjal song

The Chorus :
I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
..................................................................
Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you
.................................................................
Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong
.................................................................
What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs
.................................................................
But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home
.................................................................
“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just ike our normal day )
Lot of fights, lot of scars
...................................................................


Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?

keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal. Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah.
Makanan & minuman saat itu hanyalah : سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa ttg bahana kedatangannya


 sejauh mana kebenarannya?? hanya Allah yang tahu.
pada pendapat dan pandangan saya sendiri ini semua adalah kebenaran.mungkin dengan cara hiburan *yang dekat di hati sejumlah manusia* lebih mudah si dajjal menyampaikan mesej.yang kita ni tau nyanyi je,,maknanya??jadi,,berhati-hatilah dalam memilih lagu yang ingin dinyanyikan.ermmm,,,siapa dajjal tu??allahualam~

Nak pandai??baca entry ni :D

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini saya ingin kongsikan bukan sahaja sebagai penambah ilmu sambil bersantai tetapi juga sebagai renungan

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

(mau sebaldi kalau tadah,,dapat kurangkan kadar kemarau tu..)

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 


(tapi kalau sudah ajal nak buat macam mana kan??)

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. 

(itupun kalau orang tu ada telefon kat rumah dia)

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


 

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 
(agaknya kenapa??)

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

(boleh mati tau kalau tak berhenti-henti bersin ^^)

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
(itu maknanya tak semestinya badan besar tak boleh lari)

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
(kalau manusia boleh tukar??agaknya berapa kali dah kita tukar)

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


* Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.
* Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

* Siput boleh tidur selama 3 tahun.

(kalau manusia boleh tidur 3-4 tahun,,kuburlah jawabnya)
* Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

(sejuta??patutlah tikus kat rumah nenek dah dapat bunuh seekor ada lagi yang keluar)
* Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

(sebab itulah kena korek telinga selalu *untuk orang yang selalu guna headphones)
* Setiap lipstik mengandung sisik ikan.
(cuba bayangkan sisik ikan tu dalam lipstick *ee,,yeww)
* Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !