Monday, February 20, 2012

iblis paling top

salam~ tajuk entry ni bukan nk agung2kan iblis just nak share ilmu baru.aku terbaca dlm buku Q&A pasal jenis2 iblis. dan ada 2 jenis iblis yang aku rasa agak `famous' sekarang ni iaitu iblis dari kumpulan Al-A'war & Maswath.Aku buat dlm bentuk gambar supaya menarik,hehe~


p/s : iblis ada banyak jenis tau.kalau nak tau banyak lagi bole beli buku Q&A edisi 3 (klik je iklan <----) selamat beramal :D

Friday, February 10, 2012

stupid question, perfect answer :D

 assalamualaikum (wlaikumsalam) kepada semua readers :D

 huh? oh.oke, nak tau apa atas tu?.itu cover buku :) maybe ada yang dah baca, maybe ada yg belum.bagi yg belum, wajib baca ^^.buku ni ada 690 muka surat yg sangat2 brbaloi kalau korang baca.nak beli boleh klik iklan buku kat sbelah kiri ni (<-----).episod paling best? ni dia :D
.
.
.
perdebatan antara Dahri utusan Rom dan seorang jejaka.
D : jika Allah itu wujud, bila dia dilahirkan ?
X : Allah tidak lahir dan dilahirkan.
D : Musahil.
X : Cuba lihat ibu jari saya.Adakah jari sebelumnya? Cuba kamu lihat kelingkingku ini.Adakah jari selepasnya?.Sedangkan jari ini tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.
D : Tahun berapa tuhan dilahirkan?
X : Sebelum masa dan tarikh tercipta Allah lebih dahulu wujud.
D : mustahil.Berikan aku buktinya.
X : kamu tahu mengira?
D : dari kecil aku sudah tahu.
X : apakah angka sebelum nombor satu?
D : kosong atau tiada.
X : sekiranya angka satu itu tidak ada angka sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah itu maha satu dan tidak ada yg mendahuluinya?
D : (tidak mahu mengalah). Kamu kata Allah wujud, di mana tempatnya?
X : Maha suci Allah wujud tetapi tidak mempunyai tempat.
D : mustahil kerana setiap yg wujud pasti mempunyai tempat !
X : cuba lihat diri kamu.kamu mempunyai nyawa tapi adakah kamu tahu di mana letaknya nyawa kamu? di kaki, perut, ataupun kepala?.aku berikan lagi contoh.lihat segelas susu.tunjukkan aku di mana lemaknya?.di bawah, atas, atau tengah?.Sedangkan lemak pada susu kita tidak tahu, apatah lagi mencari di mana letaknya Allah.
D : Adakah zat tuhanmu keras, padat, cair atau berwap?
X : kamu pernah lihat orang meninggal?
D : selalu.
X : sbelum seseorang meninggal dia boleh brckp dn bgerak.kenapa bila sudah meninggal dia kaku dn bisu?
D : kerana roh sudah keluar.
X : nmpak rohnya keluar?
D : tidak
X : kamu tak dapat melihat roh kerana ia bukan keras, padat,cair atau berwap.tetapi kamu tau ia wujud.
D : aku. . tak pasti.Ke manakah Allah menghadapkan wajahnya?
X : Jika kamu nyalakan lampu di ruangan gelap, kemanakah sinar lampu itu menghadap?
D : Ke seluruh ruangan.
X : Kalau lampu ciptaan manusia begitu, apatah lagi Allah yg merupakan Nur di langit dan di bumi.



p/s : panjang lagi,nak tau? bca buku ni okay <3 : akhirnya perdebatan jejaka X iaitu (IMAM ABU HANIFAH) dan Dahri berakhir dgn takbir yg brgema kerana imam Abu Hanifah memenangi perdebatan tersebut dgn brmaruah dan cool,,ALLAHUAKBAR:D