Monday, March 4, 2013

kematian yang tak dijangka


Kematian yang tidak dijangka.
Kadang-kadang mesti kita terfikir kan macam mana cara kita akan meninggalkan dunia ni.emm, samada mati sesak nafas, mati lemas, mati dalam tidur, kemalangan dan lain-lain.sesungguhnya semua itu hanya Allah yang tahu.
Kisahnya, apabila baru-baru ini aku bermimpi bahawa aku telah mati.
Semuanya bermula bila aku cuba leraikan dua orang perempuan yang sedang bergaduh dengan bersenjatakan sebilah pisau.Gaduh punya gaduh, pisau yang aku rampas dr mereka tertikam kaki aku sendiri.Yang aku ingat, aku terus tak sedarkan diri. . .

TIBA-TIBA
Bila aku celikkan mata,(aku kat asrama mana entah) aku ternampak seorang budak perempuan kena hysteria sambil tunjuk kat aku.Dia gelak2, mengilai tunjuk kat aku.Aku pun senyum jelah sebab dah tau,orang lain tak nampak aku sebab aku dah meninggal.

TIBA-TIBA
Aku ada kat dalam kelas.berdiri kat belakang sambil tengok budak-budak kelas yang kecoh macam selalu.Aku cuba nak bagi tau diorang supaya jangan risaukan aku lagi, jangan tunggu aku datang sekolah lagi sebab aku dah meninggal.Aku nak diorang doakan aku.Aku terdengar diorang borak2 pasal aku,:
:Zurin tak datang lagi weh?
:Zurin tak sihat lagi rasanya
Aku terdengar, then senyum dan pergi keluar kelas sambil cakap, ‘kawan2. . .aku dah meninggal’

TIBA-TIBA
Aku tengah jalan kat depan kaunter (kaunter apa pun aku tak tau).Aku follow family aku.Kat kaunter tu macam ada mesin detect haba (sensor kalau orang lalu).Bila aku lalu benda tu bergerak.Kakak kat kaunter tu pun takutlah sebab tiba2 benda tu gerak masa aku lalu (yelahhhh, aku kan dah arwah masa tu).
Aku senyum je tengok gelagat kakak tu.dia cuak kot,hehe.

TIBA-TIBA
Aku ada dalam kereta.aku tiba-tiba rasa cemas sikit.Aku teringat amalan aku kat dunia. .apa aku dah buat, aku tak sempat nak buat tu, buat ni, amalan aku ciput je, mengaji last bila, akaun twitter, facebook,blog aku guna macam mana. . . .
TIBA-TIBA
Aku sedar.Aku hidup.Allah bagi aku peluang untuk hidup.Alhamdulillah Ya Allah 

p/s : saya sayang Allah, rasul saya, umi saya, abah saya, kakak saya, adik2 saya, keluarga saya, guru2 saya, sahabat2 saya, kawan2 saya hingga akhir hayat, in shaa Allah :') saya tak tahu macam mana nak cakap yg saya betul2 hargai semua orang disekeliling saya.Hanya Allah yang tahu, wassalam <3