Tuesday, September 29, 2015

Ops sorry . Terfitnah pulak

okay. let me settle this
memang tak adil pertikai tugas orang. masing2 dah dewasa dan cukup cakna dengan tugasan masing2. rasanya memang tak relevan untuk cemburu sebagainya.

Kawan awak tu pagi petang siap malam kerja. tapi masa awak datang, kebetulan dia tengah rehat. wah, bukan main panas awak tengok dia rehat. walhal masa dia tengah pulun kerja awak tak dtg tengok. Awak pun dok canang habis kt orang. Rasanya tahu dah dosa fitnah tu mcm mana . .kan ?

Tak semua benda kita buat nak inform kt orang lain. Kalau semua nak kerja nk inform,update kt fb, katanya riak pulak.

Please guys. Please
Lagi lagi as a muslim malu la orang tengok asyik asyik dok telagah pasaipa .

Be positive . Be supportive

Jernihkan hati supaya tak nampak yg buruk buruk je pada orang. okay? 💐

Monday, August 17, 2015

Kadet suruhan ?


bagi aku, jujur bahawa aku hati kering most of the time.agaknya ?

pejam celik kejap je dah nak masuk tahun kedua sebagai kadet palapes . inter to be

bila masuk palapes, ikut cara palapes. kau dilayan sebagai kadet , orang bawahan, hamba macai  terima je. bunyi macam bodoh dan kau diperlekehkan, tadah je .

kau tadah tu pandai pandailah tapis . jangan terima sebijik sebijik sampai kau tertindas sangat . kalau kau disuruh cuci pinggan sampai tangan kembang, serve vvip yang banyak protokol janganlah complaint. itu memang tugas, tanggungjawab, amanah .

memang macam tu flow belajar dia. sekarang memanglah kau maki senior, staff, pegawai asyik suruh kau buat itu ini.

supaya nanti kau jadi pegawai,kau bukan jadi pegawai 'tunjuk'. tau arah orang, tapi kau sendiri tak tahu nk buat.

ini askar la . yang bawah memang dilayan teruk, kau kena ingat jugak orang yang kau kena entertain tu pernah duduk bawah mcm kau.

nanti perang, tak ada musuh nak berlembut dengan kau. sebab tu diorang nak kita ni hati kuat .

"apa diorg ingt kita ni hamba ke apa ?"

cuba jadi positif . buat kerja redha, happy, berlapang dada. mesti kau rilek dan tak stress nk buat kerja . dah tu kalau jadi kadet kerja kau melangut je, baik kau keluar baris . tidur kt rumah .


tak ada siapa paksa kau masuk palapes 

macam ni . kita satu family kan, tolong tolong ni takdehal la . selagi mampu okay :) 


gambar bawah sekali tu masa fitik tauliah . huhu

Wednesday, February 4, 2015

Palapes atau kuih lapis ? bahagian 3

Pk buka stokin
"woi, apehal kau pakai kasut dengan bangkai? busukkkk"

haish, aku rasa kesian dengan deria bau aku. selalu tercemar kalau diorang buka kasut dan stokin. (rekemen : beli pewangi kasut scholl. confirm kaki fresh tak bau). aku rasa kalau kami pergi perang, elok kita lempar stokin jela bagi musuh mati. takpayah bazir peluru. kan?

mana la tak berbau, dah 24 jam kaki perap dalam kasut. masuk kluar sungai, bangun, tidur, makan minum semuaa pakai kasut. kalau pekasam sedapla jugak perap lama lama. ini perap kaki, paling2 boleh sumbangkan kpd pencemaran bau je.

masa dalam fasa medan, satu malam bulan tak berapa nak terang tuan tanya pada kami.

"siapa nak pergi toilet?"

kami angkat tangan

"korang pegi melapor kt puan xx"

geng tandas ni pun bangun dan keluar dari pengkalan utk ke tandas.
dah jumpa puan xx, melapor.

kemudian dia cakap,
"kamu nampak baldi tu? pergi ambil satu dan cedok air dr dalam sungai"

aku dengan Amy pun cedok jela air. Lepastu puan tu tunjuk ke arah semak kt tepi markas.

"ha, korang bawak baldi tu ke sana. pandai2 la cari pot. jgn sampai org luar nampak dah la"

aku dengan amy pun, tercengang kejap. kami diibaratkan pergi jungle tracking + night walk hanya utk buang air. naik turun naik turun. siapa tak tahan memang bercicir la jawabnya. jauhhhh kami masuk. mujur tak sesat .

lepas kelegaan budak2 lain tanya la mana toilet kami pergi tadi. maka aku dan amy pun cuma ketawa. sebabnya ? memang takdak toilet . kau pandai2 la bina toilet kau kt mana2

p/s: Ada puan bagi cekelat daim lepas kami buang air kecil. agaknya sbb kejayaan kami membuang dgn penuh cabaran. wihiii. aku bisik kat amy ,

"amy, kita buang air kecil dpt coklat satu. kalau buang yg besar dapat coklat banyak kot"

ok abaikan. bye

palapes atau kuih lapis ? bahagian 4

masa tu kami kena angkut barang dari tempat fasa medan keluar dr hutan.

angkut bag pack yang dah kami sumbat dengan bapak gajah, dengan bahu aku yang bengkak, aku disuruh bawak cangkul yang aku rasa berat dia macam sama dengan aku. rentas sungai bagai . selut kat kaki jangan citer la

Allah je tahu sakitnya aku masa tu. dengan pinggang aku sakit, sebab masa misi bantuan banjir kt kelantan aku kena kemalangan kecil kt pinggang. so boleh dikatakan injured . kaki melecetnya lagi . tapak tangan pulak melepuh sebab bnyk guna cangkul dgn parang masa dalam medan.

aku report kt tuan aku,

"tuan, bahu dgn pinggang sy sakit tuan"

dia jawab sambil gelak gelak,
"oh, rilek la. tu proses nak tumbuh otot. nanti badan kamu sado la"

dalam hati nak aje aku hentak tuan ni. aku serius sakit kot . takpelah, jangan dilayankan sakit2 ni . nanti melarat

kami PKW (pegawai kadet wanita) yang gagah perkasa ni angkut la segala barang dr medan untuk dibawa keluar. angkut punya angkut, tersemburlah ayat yang sama dari mulut masing masing.

"sumpah aku takkan kahwin dengan awww"

"aku taknak kahwin la dengan lelaki tak tough"

"memang tak la aku kahwin dgn lelaki lembut. kang siapa laki, siapa bini"

mungkin sebab kepenatan, kaum hawa berkenaan meroyan sambil angkut barang.

serius, aku nnti kalau nk pilih menantu time interbiu tu kalau dia cakap dia palapes kira 60% potensi untuk dia kawin dengan anak aku tu ada.

sebab aku tahu betapa toughnya perjuangan dalam palapes nih.

p/s : tapi aku taknak menantu kuat chong. mak boleh kesan tu !

*chong = mengelat dari buat kerja

Palapes atau kuih lapis ? bahagian 2

Still, bukan aku nak bagi resipi kuih lapis. alsambungan alkisah yang tak berapa nak ada kesinambungan dengan bahagian i

Ada part kelakar (bagi aku) sepanjang kem

sebelum pergi kem tahunan aku banyak survey dgn senior dan inter berapa banyak ransum aku perlu bawak .

*ransum:makanan segera tentera yg dibekalkan selama dalam hutan. semudah 1, 2, 3 hidangan enak tersedia. rendang daging, sambal ibilis, pajeri nenas semua ada!*

sebab aku dengar2 bapak azab nak bawak ransum tu ke dalam hutan. berat nanang !

aku tanya, "tuan, ransum tu tuan rekemen sy bawak brp banyak?"

tuan, "kamu bawak jela sehari satu lauk pun cukup. sebab nanti dalam hutan kamu takkan rasa lapar punya. .saya jamin. biskut dgn jem bawak. yang itu memang laku nnti dalam hutan"

dengan berbekalkan nasihat dr senior, aku bawakla berapa kerat je ransum. biskut dgn jem nenas yang mebeles tu aku bawak smua skali. itupun berat nak pikul dia dalam bag pack sampai bahu kanan aku bengkak. serius bengkak

aku pelik betul la PK (pegawai kadet lelaki) boleh pulak diorg bawak ransum tu semua sekali.rasanya ada la berat dalam 5kg. gila sado

dipendekkan cerita, aku kebuluran tahap satu kat dalam hutan. menagih ransum dari PK. hahaha

keluar hutan aku jumpa balik senior yang bagi kata2 pujangga pasal ransum tu.

"tuan, sy hampir mati kebulur dalam medan sbb dengar nasihat tuan. kelaparan!"

tuan tu sekadar buat muka tercengang, lepastu ketawa.

"serius? aik, peliknya lapar dalam hutan. time batch sy sampai kami tanam ransum tu sebab tak dapat habiskan"

yang kelakarnya kami bedal PK punya ransum sbb diorang pun nak habiskan stok. almaklumlah,nak meringankan bag pack. diorang pun bermurah hati qiqah kan ransum diorang pada kami yang lain.

last day hari kami keluar medan, PK yang sedekahkan ransum tu tanya balik. "eh,korang ada lagi tak ransum yang kitorang bagi haritu? nak sikit" . choiiii

lalu aku simpulkan, batch kami ni ada hantu lahap follow. makan je keje

p/s : Tuan Naim, sy rasa tuan kena cover balik perut sy yg lapar masa dalam hutan. Kfc pun ok, sy tak cerewet .

Palapes atau kuih lapis ? bahagian 1

masa first aku join palapes actually aku assumed palapes is just benda alah koko macam sekolah menengah tu plus tak payah fikir kena kick dari kolej.

bila aku tanya2 member ok ke tak aku join palapes, depa dok kecoh kata 'uish, gila kau', 'woi toksah la. tough wooo' dan lain lain.

kiranya palapes ni power la eh?
ni yang best ni

bila dgr ayat tu aku lagi la rasa nak join. apa yang dahsyat sangat ? apa yang sukarrr sangat ?

hari first physical training agak tough. tak pernah aku buat push up, seat up, lari keliling u, jogging, skuad jump bertubi tubi.

pendek kata over limit

penat
sangat
sangat

baru la aku tau apa palapes tu. ye, nama dia macam sejenis kuih. kuih lapes yang enak dan manis

adakah palapes ni macam tu?
tidakkkkkkk

palapes tu stand untuk pasukan latihan pegawai simpanan bawah angkatan tentera malaysia.

ada member cakap, "hek eleh, askar simpanan JERR"

jerrr ?? cuba join dulu baru kau tahu palapes jerr ke tak jerrr

aku tgk badan ketul2 pun tak tahan dan keluar baris (tarik diri dari teruskan latihan) . yang kepeng kepeng ni jugak yang bertahan

pelik?

mula mula aku pelik
dah habis satu sem dengan palapes ni baru aku faham
everything is about mental strength
takdak kaitan sangat dgn otot

sepanjang satu sem ni jugaklah macam2 benda yang aku kira tak masuk akal kami buat. (bagi kami ok jer tapi rasanya bg orang luar pelik kot)

kami malam tidur takdak alas. tidur macam tu je, asalkan boleh letak badan terus lelap. dalam semak, dalam lumpur pun kami boleh tidur.

serius aku cakap, aku pernah tidur dalam semak, tidur atas jalan tar, tidur tepi jalanraya, tidur atas sarang semut.last but not least, tengah syok mimpi tiba tiba air hujan turun. pehhh, siapa tidur melopong memang menadahla air hujan dalam mulut. haha . gigil teruk jangan citer la

benda macam ni la buat aku dan barangkali kami sangat2 bersyukur bila dpt balik kolej, balik rumah tidur atas katil.ada bumbung pun kira sangat baik, subhanallah

banyak lagi cerita awesome aku nak share . ni baru celup2 punya cerita. nanti baca ye ? promise k . cunnnn :D

p/s : bila rasa mental rabak, terus cepat2 fikir senior yg dah tauliah. kalau diorang boleh kenapa bukan aku ? #perjalananbelumselesai

Monday, March 31, 2014

P4EGYPT

Sekali lagi terpanggil untuk sertai flashmob hari ni (30/3/14)
Kali ni kami ber-flashmob bagi mendedahkan pada masyarakat umum tentang isu terbaru yang sedang berlaku di Mesir iaitu 529 anggota ikhwanul muslimin yang dijatuhkan hukuman mati.



 
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC.
 

Aktiviti bermula bila kami berkumpul di LRT Masjid Jamek pada jam 12.00 tegah hari. mengikut plan asal, kami akan berarak dari LRT Masjid Jamek hingga ke depan Sogo. Ya dan itulah yang kami buat. Sambil berarak kami dibekalkan berhelai helai kertas edaran yang mempunyai info lengkap mengenai isu Mesir.


Nak bagi kertas satu hal. nampak mudah, tapi biasalah orang Malaysia. Nampak orang bagi kertas macam hulur senapang. Punya lah 'takut' nak baca -.-

Ada yang tarik muka, ada yang 'ok3' sambil angkat tangan dan percepatkan langkah tapi aku tak faham apa yg dia ok sebab aku tak cakap apa-apa pun. errr

dan lagi tak boleh blah bila ada sorang sahabat fillah ni bagi flyers, then makcik ni taknak. Alasannya sebab "eh,saya orang singapore bukan orang sini". then sahabat fillah ni jawab, 'eh makcik ni bukan untuk Malaysia je.Tapi untuk seluruh duania dan semua kena tahu apa jadi pada mereka. Mereka ni Islam.Siapa nak perjuangkan kalau bukan islam sendiri?'. makcik tu terdiam dan ambil flyers.

Tapi alhamdulillah, semua orang yang aku jumpa hari ni memberikan sokongan dan terima edaran yang aku bagi. TETAPI, setiap kali aku bagi edaran aku terpaksa cakap 'saya bukan jual barang' supaya diorang tak lari. Aku dan flashmobbers lain dah topup ilmu pasal Mesir melalui bacaan, yelah kot2 la ada yang tak faham boleh la tanya kat kami. hehe



tengok depa dok khusyuk baca flyers yang cek bagi.hewhew


cek jadi minah pacak pegang sign. 2 jam! win! *biasanya berdiri 30 minit dah tumbang.


Tiba di Sogo ukhti Fatin bagi sedikit taklimat ringkas. Usai solat zohor dan makan kain rentang dan poster dah pun dibentangkan di hadapan Sogo. Bermulalah misi kami untuk mendapatkan tandatangan sokongan, memberi penerangan mengenai isu Mesir pada orang ramai. 






jangan risau. mereka berdiri betul2 tepi jalan. selamat dan tak ganggu pengguna jalanraya :)





Reaksi? memang pelbagai. Ada yang menjeling, buat muka pelik, takut pun ada. Ada sorang pakcik ni bertanya dengan suara yg agak lantang "korang ni buat rusuhan ke? buat mogok?'. No harms la pakcik :)




Kami angkat sepanduk sepanjang jalan. dan ada yang memegang sepanduk menghadap pintu masuk Sogo. Setiap dalam lebih kurang 40 minit beberapa orang ikwah berbaris dan membuat kind of 'sketsa' tapi bukan sketsa (maaf tak tahu nak panggil apa :| ) . setiap seorang daripada mereka ada ayat sendiri yang telah mereka bahagikan sesama ikhwah.




The best part is bila ada dua tiga orang asyik nak ambil gambar kami. Kemudian cakap arab. Oh rupanya diorang ni orang Mesir. Diorang memang sangat terharu atas keperihatinan rakyat Malaysia yang sokong presiden Morsi. 


"Teruskan sokong Mursi ! Terima Kasih sangat-sangat ! semoga Allah membalas jasa kalian "

-Translate arab-melayu


ex classmate form six  :D
diakhiri dengan doa rabitah, tasbih kifarah, surah al-asr




aseef yg terkeluar frame :(

p/s: TERIMA KASIH ALLAH, terima kasih kepada flashmobbers, terima kasih kawan baharu, terima kasih orang ramai yang lalu lalang, terima kasih kamu yang tandatangan, terima kasih anda-anda yang bagi semangat, khusus buat kamu yang mendoakan :)