Saturday, October 6, 2012

terkilan :(

assalamualaikum.


hari ni (semasa entri ini ditulis) kelas kami dipindahkan dari Blok F ke Makmal 1 kerana kelas kami akan digunakan untuk budak2 PMR.

al-kisahnya. . . 

aku dan kawan dipanggil untuk angkat barang di bilik guru.dipendekkan cerita ketika turun tangga, satu dari buku2 yg aku bawak tu tercampak (berat kot,hehe).Kebetulan ada orang lalu alang depan aku.

Tiba-tiba dua orang wanita di hadapan aku menoleh belakang,aku pun pandang diorang.eh2! cikgu dari smksk! memang berbunga2 hati ni. .cikgu2 tu pernah ajar aku masa tingkatan 1. (Puan suraya & Puan Fatimah)

memang,nak salam sangat cikgu .cikgu pun senyum tengok aku.aku cakap la "cikguu dan salam',tapi tak dapat sebab memang banyak buku aku angkat.cikgu pun cakap 'takpe zurin takpe,saya pegang je ye' cikgu menepuk-nepuk bahu aku sambil senyum.
Aku cepat2 pergi letak buku2 tu dalam makmal,lari keluar nak jumpa cikgu.tapi malangnya ckgu dah pergi :( terkilan sangat. .tiba2 mata aku berair. .aisehhh!


teringat kenangan dengan cikgu2 smksk : 

 Puan Suhana

Puan Marina

Puan Mariam & Puan Suraya

 Puan Zamiah

 Puan Haryati (dua dari kiri)

 Cik Mazidah

Cikgu Nora & Cikgu Azzah

Puan Noraizan

mummy lela

Puan Julaina

Puan Noriah

p/s : semoga Allah rahmati mereka :)