Assalammualaikum semua
Selama ni tengok video orang buat flashmob kat youtube je
entah macam mana member usrah yang aku kenal melalui whatsapp ada buat group
StandUp Flashmob. Memang tak fikir panjang aku terus join. Sebab memang dah
lama sangat3 teringin nak sertai flashmob cuma tak tau nak contact siapa dan
lain-lain.
5 oktober 2013
Aku beranikan diri untuk join flashmob harini. Ajak kawan2
dan nampaknya sorang je sangkut nak join aku. Anis Farizan :)
Dalam pukul 10 pagi kami sampai Jelatek untuk rehearsal.
Walaupun kami semua tak pernah jumpa, atas niat sama untuk menarik rasa
prihatin masyarakat kepada isu negara-negara islam, kami terus rapat.
Kami berlatih menyanyi lagu Maher Zain- Freedom dan berlatih
untuk tarik orang supaya menyanyi dengan kami. Budak-budak tengah lepak kat
taman pun kami ajak sekali.
Masa tengah siapkan poster ada sorang perempuan datang kat
kami. Cantik orangnya
Kami panggil dia Kak Amal. Orang Syria yang sanggup datang
dari Pahang untuk join flashmob ni. Lepas dapat tahu pasal flashmob ni dari
facebook dia datang sini dengan mak angkat dia. Sementara tangan dok ligat
siapkan poster, dengar cerita Kak Amal pasal Syria.
Jujurlah, muka macho je masa dengaq cerita Kak Amal tapi aku
percaya hati-hati kami yang dengar ni semua dah menangis-nangis. Mana taknya,
Kak Amal tengok sendiri saudara dia kena tembak kat kepala tak kurang ada yang
lumpuh akibat kekejaman tentera.
antara cik adik yang organize kami pagi ni
Kak Amal (white shawl) tengah cerita pasal negara dia.
muka-muka rajin
Bila kami tanya kenapa datang Malaysia, dia jawab bahawa dia
perlu lakukan sesuatu untuk bantu keluarga dia kat Syria. Kalau dia stay sana
dia akan mati dan tak boleh bantu keluarga. At least kat Malaysia dia boleh
kerja dan hantar duit. Now dia jadi guru bahasa arab kat Pekan, Pahang. Ikutkan
hati, Kak Amal nak bawa family dia tinggal kat Malaysia. Tapi perlukan duit yang
banyak dan dia tak mampu nak tanggung kos perbelanjaan. Keluarga dia duduk kat
satu tempat terpencil dan Kak Amal bagi tahu kawasan tu ‘a bit safer than other
places. A bit safer. . .’. sebab kawasan lain memang Kak Amal kata jet tiap tiap hari lalu dan boleh dengar peluru jatuh sana sini.
Brader yang baju belang-belang tu pun orang Syria yang turut datang rehearsal.
Bila buat program ni dia tahu ada umat Islam yang concern
pasal kemelut yang melanda negara dia. Kak Amal ada cakap, ‘I dont care who win
who lose. I just want my life back. I want my family’. Sebak rasa. . Mesti dia
rindu family dia kan ?
rehearsal time
Lepas lunch, solat zohor, join usrah kat Masjid Assyakirin
KLCC, kami rehearsal sekejap. Kali ni ramai rupanya yang join kami petang
nanti. Ada lebih kurang dalam 10 orang Syria datang bawa bendera mereka.
kenal tak ? kala kenal anda hebat. huhuh
Usai solat asar dan perkongsian dari brader yang pernah
pergi Syria, kami bergerak secara sedikit demi sedikit pergi ke hadapan Suria
KLCC. Alaa, tempat air pancut tu.
Aku dan kawan-kawan buat buat hal sendiri.
Berborak, ambil gambar dan usha-usha orang keliling. Tunggu signal dari ahli
flashmob yang lain.
Kami kenal each other tak sampai 24 jam dah rasa kamcing woo
Kami lepak jauh sangat. Sekali depa dah start nyanyi, kami
pun berlari gi kat depa sampai rasa macam nak tercabut kaki. Naikkan bendera Palestin,
Mesir,Syria dan nyanyi. Ramai yang datang nyanyi dengan kami. Tak kurang juga orang ramai datang kerumun dan ambil gambar & video.
Ada sesuatu yang aneh masa kami nyanyi sebelah air pancut
tu. Corak pusingan air tak seperti biasa. Basah jugaklah sukarelawan yang
menyanyi area belakang termasuklah aku. Lepas laungan takbir sebanyak 3 kali, datang
pengawal keselamatan suruh kami bersurai. Ada abang ni berunding dengan pakcik
pengawal tu. Brader ni cakaplah, kami tak kacau dan cederakan orang ramai kami cuma
nyanyi je. Aku sendiri dengar dari walkie talkie pakcik tu ada orang suruh
ambil bendera dari beberapa orang perempuan foreigner (tak sure dari syria ke
bukan) yang tengah bergambar supaya kami beredar.
Aku pun ambil gambar dengan admin aku. Pakcik tu usha
semacam sambil tunjuk2 kat bendera kami dan buat isyarat suruh simpan. Okay,
fine. Bak kata kak syida kami cuma nyanyi 1 lagu tak boleh bukan buat tarian
tiang depan orang ramai pun.
Ini pengalaman pertama dan definitely bukan terakhir. Niat
kami bukan untuk cetuskan keganasan jadi jangan pandang kami macam pengganas.
Kami cuma nak tarik perhatian orang supaya sedar dan prihatin tentang isu
dunia. Isu kemanusiaan
Allahualam
ukhuwah fillah abadan abada.
till we meet again Syafiqah, Anis, Kak Syida and Kak Amal :')