Kematian yang tidak dijangka.
Kadang-kadang mesti kita terfikir kan macam mana cara kita
akan meninggalkan dunia ni.emm, samada mati sesak nafas, mati lemas, mati dalam
tidur, kemalangan dan lain-lain.sesungguhnya semua itu hanya Allah yang tahu.
Kisahnya, apabila baru-baru ini aku bermimpi bahawa aku
telah mati.
Semuanya bermula bila aku cuba leraikan dua orang perempuan
yang sedang bergaduh dengan bersenjatakan sebilah pisau.Gaduh punya gaduh, pisau yang aku
rampas dr mereka tertikam kaki aku sendiri.Yang aku ingat, aku terus tak
sedarkan diri. . .
TIBA-TIBA
Bila aku celikkan mata,(aku kat asrama mana entah) aku
ternampak seorang budak perempuan kena hysteria sambil tunjuk kat aku.Dia
gelak2, mengilai tunjuk kat aku.Aku pun senyum jelah sebab dah tau,orang lain
tak nampak aku sebab aku dah meninggal.
TIBA-TIBA
Aku ada kat dalam kelas.berdiri kat belakang sambil tengok
budak-budak kelas yang kecoh macam selalu.Aku cuba nak bagi tau diorang supaya
jangan risaukan aku lagi, jangan tunggu aku datang sekolah lagi sebab aku dah
meninggal.Aku nak diorang doakan aku.Aku terdengar diorang borak2 pasal aku,:
:Zurin tak datang lagi weh?
:Zurin tak sihat lagi rasanya
Aku terdengar, then senyum dan pergi keluar kelas sambil
cakap, ‘kawan2. . .aku dah meninggal’
TIBA-TIBA
Aku tengah jalan kat depan kaunter (kaunter apa pun aku tak
tau).Aku follow family aku.Kat kaunter tu macam ada mesin detect haba (sensor
kalau orang lalu).Bila aku lalu benda tu bergerak.Kakak kat kaunter tu pun
takutlah sebab tiba2 benda tu gerak masa aku lalu (yelahhhh, aku kan dah arwah
masa tu).
Aku senyum je tengok gelagat kakak tu.dia cuak kot,hehe.
TIBA-TIBA
Aku ada dalam kereta.aku tiba-tiba rasa cemas sikit.Aku
teringat amalan aku kat dunia. .apa aku dah buat, aku tak sempat nak buat tu,
buat ni, amalan aku ciput je, mengaji last bila, akaun twitter, facebook,blog
aku guna macam mana. . . .
TIBA-TIBA
Aku sedar.Aku hidup.Allah bagi aku peluang untuk
hidup.Alhamdulillah Ya Allah
p/s : saya sayang Allah, rasul saya, umi saya, abah saya, kakak saya, adik2 saya, keluarga saya, guru2 saya, sahabat2 saya, kawan2 saya hingga akhir hayat, in shaa Allah :') saya tak tahu macam mana nak cakap yg saya betul2 hargai semua orang disekeliling saya.Hanya Allah yang tahu, wassalam <3
p/s : saya sayang Allah, rasul saya, umi saya, abah saya, kakak saya, adik2 saya, keluarga saya, guru2 saya, sahabat2 saya, kawan2 saya hingga akhir hayat, in shaa Allah :') saya tak tahu macam mana nak cakap yg saya betul2 hargai semua orang disekeliling saya.Hanya Allah yang tahu, wassalam <3
No comments:
Post a Comment