Monday, December 20, 2010

Tak mahu hipokrit, akhirnya bertmbh dosa,,


Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika sayaberumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupunbegitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya,dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung lasendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarangsaya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana ditempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidakmemakai tudung. Saya tahu hukum tidakmenutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untukterus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagiyang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yangberbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis danjarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurattetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidakmemakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayanlelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidakmemakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawansaya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Sayamahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akantiba tetapi bukan sekarang.
SemogaALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN
Adabeberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikanrespon ringkas. Iaitu :-
1)     Isu tidak mahu bertudung (menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit  serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
  
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dankerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allahswt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup auratdan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisiAllah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimanaseorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK),dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segeramendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefonpolis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atassebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah diUK.  Tidak kiralah sama ada diaberubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran.Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannyaakan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Samaseperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam,mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan jugaorang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akanberdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeruitu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakansemua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hakAllah untuk menguji hambanya.
Sama sepertimendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islamyang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung diatas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.  
Apa yang perlu diusahakan adalah terusmenerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhilarangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaanibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perludiingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atausepara ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkanoleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkalaitu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas,tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secarazahir.
Namunjika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAKIKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannyaBERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam katalainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malahlebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila iaberjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukanmahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak matalelaki yang melihat.
Adapunbagi mereka yang tidak ikhlas tadi, atleast dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya,‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itusemuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terusmenerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedangmengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akanmenjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yangdiharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitubenci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupanaurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dansebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai,pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelumitu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuahsyarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkankakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satuperkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat,skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka beradadi satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUATIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru,adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT. 
Malahjika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujukkepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masauntuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlahbahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlahhanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurattubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selainitu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkandiri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknikSyaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan dirikepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasamelihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yangkurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkitipenyakit tamak.
Sabda Nabi :-


خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًاصَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا مننَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى منهو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hambayang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagaiorang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusahamengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orangyang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3)     WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku,namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerunmelakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawabyang diarahkan Allah.
Namunapabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat,ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang diatas tadi.
Juga,buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru,saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudarisendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya).Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama,  saudari sebenanrya adalah sebahagian darimereka kerana :
Mereka yang menutup aurat danburuk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidakmenutup aurat.
Kedua-duanyatidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai  syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukansahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidakmematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankahmentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhakabagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untukkita mentaati arahan Allah swt.

4)  BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dantiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikandan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidakkempunan di hadapan Allah.
MogaAllah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapanini.
Sayajuga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kitasemua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Sekian

ZaharuddinAbd Rahman
9Muharram 1431
26Disember 2009

Friday, October 8, 2010

it is really a great Malaysian comic with lots of silly characters.

 actually,,sy mmg kumpul smue koleksi komik GEMPAK,,tmasuk lawak kampus nihh,,sy rse msti rmai kt lua sne yg mnat komik nih cm sy ann??,,stakat nih sy tgh nk carik tmpt baru utk ltak koleksi komik sy coz tmpt yg ade skrg nih x mncukupi utk sy ltak komik2 yg bru,,



nie la plukis feveret sy,,keith XD
nie lwk blog


ini adlh iklan prtame gempak starz yg tlh kluar di animax

nie yg paling LATEST yg sy bli ^^v

Wednesday, October 6, 2010

duhai sahabatku adakah kau sedar??

Tahniah kerana tlah mmbuat ibu kau menangis di belakang kau kerana anaknya seorang penipu,tahniah krana kau tlah mmbuat segala pngorbanan ibu kau sia-sia,tahniah kern tlah mmbuat kakak dn adik kau malu menceritakan perihal diri kau,dan trima kasih membuat sahabat kau mula menjauhkan diri dari kau,
Selepas ini,bukan bahu aq tempat kau mnitiskan air mata,bukan telinga ku mendengar rintihan hati kau,bukan mataku yang menitikkan air mata kerana kau,bukan hati aq yang sentiasa sygkn kau,bukan fikiranku teringatkan kau.

Aku sentiasa memberi kau pelung,demi peluang,demi peluang…
Dan kau sentiasa menyakitkan aq,demi kesakitan,dan demi kesakitan..
Disaat orang memulaukan kau,,
Kau dtg mencari aq,,kenapa aq??
Kerana aq mendengar rintihan hati kau,,
kau berkata “kau bukn kwn tapi sahabat”
Disaat kau kelaparan,ibu kau tdak memberi kau wang..
Kau mencari aq,,kenapa aq??
Kerana aq akan meminjamkn wang aq kepada kau,,
kau berkata, “terima kasih,kau memg baik”
Aq tak kisah apa org ckp,,
’kau terlalu melindungi dia,,jgn sampai dia mmakan diri kau’
Ya!!
Aq melindungi kau!!
Aq ingin kau kembali ke pangkal jln!!
Setiap kesalhn yg kau buat,,aq tutupkn mata,,pekakkn tlinga,,
tetapi aq x pernah membisukan mulut dan mematikan hati,,aq cuba memujuk kau,,,
Kau mendengar nasihatku,,
Kau mula menunjukkan kau ingin berubah,,
Malangnya,,
Itu hanya pandanganku,,,di belakangku??
kau takut aq tahu apa yg kau lakukan,,
Kau takutkn aq??

Bukan Allah yang akn menghukum atas sgala perbuatan kau,,??