Saturday, December 1, 2012

kawan dan coklat

assalamualaikum.
WOW. lama betul tak tulis apa2 kan :) sebab takda topik.kali ni terasa nak berkongsi sesuatu.

ada tak kadang2 kita nak kemas barang, tiba2 terjumpa sesuatu yang sentimental. so, nak buang ke tak nak ?

inilah yang berlaku pada aku ;\

alkisahnya
Baru-baru ni aku buka peti ais.macam selalu, normal la.Tapi terpandang pula coklat yang kawan aku bagi.
Hmmm, rasanya dah hampir 4 atau 5 tahun coklat tu disitu.Aku asyik ambil dan letak.Ushar dan tengok.Tak pernah makan.Kalau makan, rasanya macam aku 'makan' persahabatan kami. 



Bebeberapa tahun yang lalu kawan aku bagi se'ekor' coklat yang sangat comel sebagai tanda minta maaf.Besar maknanya pada aku. .jadi, aku sayang sangat nak makan coklat tu.
Punca pergaduhan kami sangat kompleks dan rasanya terasa kesan pergaduhan tu sampai sekarang.


Coklat tu . . . .ingatkan aku pada kawan aku tu.Kegagalan kami dalam jadi sahabat yg baik. Jadi, nak buang atau makan? Buang ? sayang . . . Makan ? entah2 dah expired. . .masalahnya takkan nak biarkan coklat tu?
sudah lebih kurang 5 tahun. . dia pun, dah ada kehidupan sendiri dan mungkin sudah melupakan apa yang dia buat dahulu.



akhirnya aku keluarkan coklat tu dari peti ais.buka bungkusan tu.


dah pecah pun coklatnya.mungkin terlalu lama dalam peti.


susun semula bahagian coklat yang pecah tu seperti asal.

rasanya coklat tu pecah,retak.sepertimana hati aku yg kecewa dengan sikap kawan aku (sadis tuuuu).

akhirnya, hanya aku dan Allah yang tahu.kemana coklat tu menghilang.

p/s: persahabatan bukan pada coklat.ia pada keikhlasan dalam persahabatan. HARGAI SAHABAT ANDA :D

Broken Friendship Quotes

Saturday, October 6, 2012

terkilan :(

assalamualaikum.


hari ni (semasa entri ini ditulis) kelas kami dipindahkan dari Blok F ke Makmal 1 kerana kelas kami akan digunakan untuk budak2 PMR.

al-kisahnya. . . 

aku dan kawan dipanggil untuk angkat barang di bilik guru.dipendekkan cerita ketika turun tangga, satu dari buku2 yg aku bawak tu tercampak (berat kot,hehe).Kebetulan ada orang lalu alang depan aku.

Tiba-tiba dua orang wanita di hadapan aku menoleh belakang,aku pun pandang diorang.eh2! cikgu dari smksk! memang berbunga2 hati ni. .cikgu2 tu pernah ajar aku masa tingkatan 1. (Puan suraya & Puan Fatimah)

memang,nak salam sangat cikgu .cikgu pun senyum tengok aku.aku cakap la "cikguu dan salam',tapi tak dapat sebab memang banyak buku aku angkat.cikgu pun cakap 'takpe zurin takpe,saya pegang je ye' cikgu menepuk-nepuk bahu aku sambil senyum.
Aku cepat2 pergi letak buku2 tu dalam makmal,lari keluar nak jumpa cikgu.tapi malangnya ckgu dah pergi :( terkilan sangat. .tiba2 mata aku berair. .aisehhh!


teringat kenangan dengan cikgu2 smksk : 

 Puan Suhana

Puan Marina

Puan Mariam & Puan Suraya

 Puan Zamiah

 Puan Haryati (dua dari kiri)

 Cik Mazidah

Cikgu Nora & Cikgu Azzah

Puan Noraizan

mummy lela

Puan Julaina

Puan Noriah

p/s : semoga Allah rahmati mereka :)

Friday, July 20, 2012

luahan yang tak terluah

luahan yang tak terluah :|


my view
Perkara 1


tak tau nak cakap sedih ke gembira,yang pasti bersyukur sangat :D
berkenaan dengan budak2 kelas aku sekarang.Memang berbeza dgn budak2 kelas time aku dulu.eh3,tak bermakna aku lupakan kawan2 yg lama ye :) korang memang tak dpt ditukar ganti la ^^
kawan2 sekelas aku yg sekarang ni sangat2 menyokong,membantu,membina dan yg aku prasan. . diorang ni sangat2 hargai kawan :D jujur, buat aku terharu.sanggup bersusah untuk kwn dan prihatin sangat!,baik lelaki mahupun perempuan.majoriti budak2 dalam kelas ni aku senang nak ckp dngn diorang.mungkin inilah salah satu hikmah kenapa aku dpt sambung belajar kat sini,mungkin tak semudah orang lain.malah dapat kawan2 yg sangat menghargai dan menghormati keputusan orang lain :D 










alhamdulillah,terima kasih Allah 


Perkara 2
mungkin dari latar belakang sekolah yg berbeza, didikan kami semua pun agak berbeza.


ada segelintir (boleh dikira dengan kaki sbenarnya) yang. . . agak 'slamber' sikit lah perangai dia.jenis yang tak sensitif.maksud aku kalau dia terpegang tgn orang bukan mahram dia buat tak tau je,dekat2 dengan perempuan pun macam. .tak kisah je walaupun telah deiberi 'sign' oleh gadis2.Tak semua perempuan itu murah untuk TERsentuh2 walaupun hanya tersentuh kuku.Lagi2 perempuan yg harga dirinya tinggi.Okey ?,ini bukan soal alim tak alim.sila jaga batas sbb kita pun sama2 orang islam kan kawan :) 

Friday, July 6, 2012

tertekan dan tersuka


Assalamualaikum :D
Lama betul tak ‘mencoret’ kat blog ni kan :)
Kali ni terasa nak berkongsi sesuatu. .

Semenjak masuk pra- u tingkatan 6 kat skolah ni memang banyak dugaannya.(sebenarnya Cuma kelas aku tingkat 4,tinggi,letih). .hehe.
Masa mula-mula masuk, aku asyik disoal bertubi-tubi dan berdas-das oleh saudara-mara oleh kawan,cikgu,adik2,kawan2.’tak dapat belajar kat mana2 ke?’. .membuatkan aku mempersoalkan diri sendiri. .habis yang aku masuk form 6 ni bukan belajar ke ? -,-

Agak tertekan jugak bila orang banding2kan aku dengan anak diorang,yg dapat result lagi rendah melangkah ke-U lagi cepat dari aku.Tapi aku tak dapat sebarang tawaran :|

Jujurla, ramai org cakap yg form 6 ni takda masa depan.Membuatkan aku sendiri berat nak daftar pada awalnya.Then, aku daftar jugak akhirnya.Banyak benda yg aku dan org lain tak tau pasal form 6 ni rupanya,fuhhh.

Betullah orang cakap, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.Apa yang terpaksa tak semestinya tak elok,malah boleh jadi lebih baik :)

Alahamdulillah, makin lama kat sini.makin best belajar,banyak benda baru yang kita tau,banyak lagi kawan2 dan cikgu2 yang bagi semangat dan tunjuk ajar,banyak lagi pengalaman yang kita dapat dari sebelum ni :D ada hikmah di sebalik semua yang berlaku :)

Rezeki di sini, aku masih dapat menjadi photographer (amatur je),aktif dalam koko sperti di sekolah lama aku

Insyallah, aku akan belajar betul2 dan buktikan pada semua orang.doakan ye ^^ 



tazkirah jumaat


kursus fotografi indoor,outdoor




malaysia book of records.largest gathering of cartoonist




Saturday, May 19, 2012

yes, small problemo


Salam to all readers. Ergh ! time tulis entry ni rasa agak frust. . fyi, aku aktif dengan aktiviti kepanduan. Mestila nak dapatkan sesuatu pencapaian yang boleh buat aku rasa berbaloi join pandu puteri.so, aku decide nak teruskan sehingga pangkat Pandu Puteri Raja (anugerah dari permaisuri agong).

Apa yang membuatkan aku frust is. . . macam mana orang pandang kesungguhan aku.Baru- baru ni aku dah mendaftar sbagai pelajar pra- u kat smk bukit gading, dan kat sini tak ada pandu puteri untuk pr-u !, just PBSM and KRS. Frust kot :( then cuba bincang dengan ckgu dia supaya aku dapat aktif dlm pndu puteri.Tapi dia macam, tak ambil tindakan.Sebabnya, masa aku cakap dengan dia, dia just. .mendengar.

Aku taknak bersangka buruk, tapi , dia macam tak serius time aku cakap.walhal aku dah cuba jadi seserius mungkin.Nampaknya aku kena gerak sendiri dan tunjukkan lebih usaha supaya ckgu tu nampak kesungguhan aku.Insyallah. . .

Ha, bosan la pulak kalau takda gambar kan?, 

bulan april lepas aku join kursus pra-waran untuk ckgu2 *jadi tutor nyanyian & tanda mengesan pulak~hehe

Pertandingan hias cupcake :)




hasil tangan aku~huhu

busy bees yang aku latih untuk slot nyanyian

yeah !, akhirnya, ada jugak gambar aku :P

Tuesday, March 13, 2012

4 amoi 4cerita

baru2 ni aku pegi jalan TAR. Ada nak beli barang.Dipendekkan cerita ada suatu perkara berlaku masa aku dlm prjalanan pegi. . . . .aku ada tekanan darah rendah.so, time dalam komuter tu aku nk pitam.



amoi 1 ) oleh kerana takda tempat dduk aku pun trhuyung hayang cam org mabuk.then nasib baik mak aku ikut,mak aku bagi tempat dduk.masa aku duduk aku tundukkan kepala sebab pening.ada amoi lalu selamber badak langgar kepala aku untuk pegi ketempat duduk yg kosong.(its okay.maybe dia tak perasan aku tengah sakit)



amoi 2 ) lepastu aku pegi putra.masa nk masukkan tiket ada amoi ni selamber je potong barisan.siap bawak member sekampung sambl gelak2 *yela,best potong barisan nih. (its okay.maybe dia tak perasan aku beratur)



amoi 3 ) aku masuk tandas,nak termuntah.then aku mcm trduduk kat depan tandas kt KL sentral.pening sangat.ada amoi ni baru keluar tandas.aku nak masuk,dia selamber je brdiri kt dpn tu padahal nampak aku ni da mcm nak trhuyung hayang nak masuk toilet,then panggil anak beranak dia masuk dlu. .nasib baik anak dia taknak masuk. (its okay,maybe anak dia tak tahan nak terberak*tapi takjadi)


amoi 4 ) dalam monorail, dlm perjalanan ke masjid jamek aku masih tak sihat. . .pegi cari tempat duduk.ada 1 kosong.tapi ada amoi ni gi letak beg kertas kat situ.aku da nk duduk tapi dia wat slamber jeh =.=".then aku brdiri jela smpai ada lg tempat kosong. (its okay.maybe dia tak nampak aku nak duduk sebelah dia)


masa balik, aku pening lg. .gi duduk.ada makcik bg air dan kakak ni bagi minyak angin :) terimakasih, semoga Allah bls jasa kakak dan makcik :D


semua cerita di atas KEBETULAN sahaja org cina yg buat.aku betul2 percaya org cina tak semua macam tu (aku pun keturunan cina okay).aku pasti org mlayu dan india pernah TERbuat benda2 mcm ni. .tak bermaksud aku nk timbulkan isu perkauman atau apa2 yg menyentuh sensitiviti.kesimpulannya : tolonglah prihatin dgn sekeliling, bantulah orang yg memerlukan :) 

Monday, February 20, 2012

iblis paling top

salam~ tajuk entry ni bukan nk agung2kan iblis just nak share ilmu baru.aku terbaca dlm buku Q&A pasal jenis2 iblis. dan ada 2 jenis iblis yang aku rasa agak `famous' sekarang ni iaitu iblis dari kumpulan Al-A'war & Maswath.Aku buat dlm bentuk gambar supaya menarik,hehe~


p/s : iblis ada banyak jenis tau.kalau nak tau banyak lagi bole beli buku Q&A edisi 3 (klik je iklan <----) selamat beramal :D

Friday, February 10, 2012

stupid question, perfect answer :D

 assalamualaikum (wlaikumsalam) kepada semua readers :D

 huh? oh.oke, nak tau apa atas tu?.itu cover buku :) maybe ada yang dah baca, maybe ada yg belum.bagi yg belum, wajib baca ^^.buku ni ada 690 muka surat yg sangat2 brbaloi kalau korang baca.nak beli boleh klik iklan buku kat sbelah kiri ni (<-----).episod paling best? ni dia :D
.
.
.
perdebatan antara Dahri utusan Rom dan seorang jejaka.
D : jika Allah itu wujud, bila dia dilahirkan ?
X : Allah tidak lahir dan dilahirkan.
D : Musahil.
X : Cuba lihat ibu jari saya.Adakah jari sebelumnya? Cuba kamu lihat kelingkingku ini.Adakah jari selepasnya?.Sedangkan jari ini tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.
D : Tahun berapa tuhan dilahirkan?
X : Sebelum masa dan tarikh tercipta Allah lebih dahulu wujud.
D : mustahil.Berikan aku buktinya.
X : kamu tahu mengira?
D : dari kecil aku sudah tahu.
X : apakah angka sebelum nombor satu?
D : kosong atau tiada.
X : sekiranya angka satu itu tidak ada angka sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah itu maha satu dan tidak ada yg mendahuluinya?
D : (tidak mahu mengalah). Kamu kata Allah wujud, di mana tempatnya?
X : Maha suci Allah wujud tetapi tidak mempunyai tempat.
D : mustahil kerana setiap yg wujud pasti mempunyai tempat !
X : cuba lihat diri kamu.kamu mempunyai nyawa tapi adakah kamu tahu di mana letaknya nyawa kamu? di kaki, perut, ataupun kepala?.aku berikan lagi contoh.lihat segelas susu.tunjukkan aku di mana lemaknya?.di bawah, atas, atau tengah?.Sedangkan lemak pada susu kita tidak tahu, apatah lagi mencari di mana letaknya Allah.
D : Adakah zat tuhanmu keras, padat, cair atau berwap?
X : kamu pernah lihat orang meninggal?
D : selalu.
X : sbelum seseorang meninggal dia boleh brckp dn bgerak.kenapa bila sudah meninggal dia kaku dn bisu?
D : kerana roh sudah keluar.
X : nmpak rohnya keluar?
D : tidak
X : kamu tak dapat melihat roh kerana ia bukan keras, padat,cair atau berwap.tetapi kamu tau ia wujud.
D : aku. . tak pasti.Ke manakah Allah menghadapkan wajahnya?
X : Jika kamu nyalakan lampu di ruangan gelap, kemanakah sinar lampu itu menghadap?
D : Ke seluruh ruangan.
X : Kalau lampu ciptaan manusia begitu, apatah lagi Allah yg merupakan Nur di langit dan di bumi.



p/s : panjang lagi,nak tau? bca buku ni okay <3 : akhirnya perdebatan jejaka X iaitu (IMAM ABU HANIFAH) dan Dahri berakhir dgn takbir yg brgema kerana imam Abu Hanifah memenangi perdebatan tersebut dgn brmaruah dan cool,,ALLAHUAKBAR:D





Tuesday, January 17, 2012

my sis fake.cat :)


okay . salam kepada semua readers. pada kali ini aku rasa nak share gambar ~ untuk pengetahuan, aku memang tak `pro` dan tak `expert' dalam bidang fotografi tapi aku cuba untuk menambah skill aku day by day,, by hook and by crook *betul ke?.Aku sekarang tengah giat nak cari pengalaman dalam bidang ni macam ambil gmbar orang nikah,,majlis2 keluarga~.Dulu2(macam lama :P) time sekolah aku jadi naib editor majalah sekolah (naib je) dan beberapa kali menyibuk dan mngendali hal2 berkaitan fotografi kat sekolah.
So,,inilah kisahnya :
Aku suka kucing tapi penakut dengan kucing.Dalam keluarga aku pun hanya bapak dan kakak aku je yang tak takut dengan kucing.Yang lain ? *faham2 la ye,,hehe.So aku set up satu petang yang indah (16.1.12) untuk mengambil gambar fake cat (tak tau nama).Kucing2 ni originally hasil titik peluh kakak aku cik siti wan kembang semangkuk.HAHAHA

actually kami rancang nak hasilkan beberapa produk `cute',,craft,,card untuk dijual but masih dalam perancangan.semoga berjayalah kan :D







inilah cik siti aka zurin fariza azwani




p/s : comel kan?.siapa nak bela kucing ni boleh inbox fb aku, harga boleh runding ~hahaha