Sunday, December 11, 2011

Kiamat checklist!

assalamualaikum & salam hormat kepda semua readers :)
pada kali ni aku ada topik yang bagi aku memang wajib sebagai umat  
islam aku sampaikan dan kongsikan bersama readers semua.KIAMAT 
CHECKLIST.Di bawah ni aku buat sebuah checklist tanda2 besar 
kiamat dan tanda2 kecil.Jom kita tengok :

TANDA KECIL:

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
“Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda 
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” 
– Sahih Bukhari./
/     
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, 
yang seenaknya melakukan 
persetubuhan seperti himar (keldai). 
Maka pada zaman mereka 
inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim./
/
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, 
rusuhan dan perubahan muka. 
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw;
 “Wahai Rasulullah bila hal ini 
terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila 
telah bermaharajalela bunyian (muzik) 
dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah./
/
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya 
kiamat ialah manusia bermegahan dalam 
mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai./
/
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga 
banyak perbuatan dan perkataan keji, 
memutuskan hubungan silaturahim dan 
sikap yang buruk dalam tetangga.” – 
Riwayat Ahmad dan Hakim./
/
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang 
baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali 
orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak 
mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad./
/
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik 
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
/
/
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah 
dekatnya hari kiamat ialah 
manusia tidak mahu mengucapkan salam
 kepada orang lain kecuali yang 
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad./
/
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a.
 “Di antara tanda-tanda telah hari 
kiamat ialah akan muncul pakaian2 
wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”./
/
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya 
hari kiamat ialah menggelembung 
(membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
/
/
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul 
pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita 
yang belum pernah kamu dengar 
& belum pernah didengar oleh 
bapa-bapa kamu sebelumnya, 
kerana itu jauhkanlah 
dirimu dari mereka agar mereka 
 tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
 – Sahih Muslim./
/
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu 
dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad./
/
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi 
padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim./
/
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam 
supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu 
kaum yang mencelupi rambut mereka 
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’
 yang mereka itu tidak akan 
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai./
/
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan 
yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, 
putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang 
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang
 paling baik (pilihannya)
.” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a./





seperti yang readers semua tengok semuanya dah pun BERTANDA.
maknanya sudah atau sedang berlaku.apakah persediaan readers semua??

TANDA-TANDA BESAR
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema 
di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah
yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah 
swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat 
daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan 
segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang 
akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan 
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan 
dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan 
oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman

Persoalannya.kenapa manusia terus leka?.Tunggu azab kena kat batang hidung baru 
nak gelabah?,Lumrah manusia. . selagi tak kena kat diri sendiri selagi itulah `relax'!.
anggap amalan dah menggunung~ingatlah kata pepatah rumah kata pergi, 
kubur kata mari.em,,aku bukannya nak bajet macam ustazah.tapi aku just 
nasihat atas dasar manusia sesama manusia,,muslim sesama muslim.kau muslim kan???
jangan tunggu satu hari kita bangun,,matahari terbit bukan seperti kebiasaan baru menangis 
meraung,,bertaubat kerana ketika itu semuanya sudah terlambat~allahualam

/

Thursday, November 24, 2011

mari berpisah :'(

salam~ya. .mybe ada yg tau dan ada yang tak tau bahawa aku ni budak sekolah.form 5.so,,thn ni adalah tahun terakhir aku bersama kawan2 aku bersama :'(
macam2 kenangan,,peristiwa pahit & manis kami dah buat sama2 (termasuk kerja dajal orang ^^). .main hujan,,main kad,,pegi camping,,main masak2,,jatuh tangga,,jatuh longkang,,buat perangai gila sama2,,jadi baik sama2,,lari sama2,,nangis sama2. .fuhh~banyak kenangan seyh
ni antara gambar kenangan kami :)*hanya sebahagian,,


mungkin ada yang cakap habis sekolah tu best,,free.
tapi bagi aku. .tak berapa nak best. .sebab aku ni agak pelik.suka sekolah~hehe.kalaulah sekolah lama lagi kan bagus~huh.tapi hidup ni perlu diteruskan.

takkanlah aku nak jadi pelajar sekolah je sampai ke tua camni . .kan3??haha

inilah sekolah aku SMK Seri Kundang~bagi aku sekolah aku ni best.ada ramai kawan2 baik,,cikgu2 pon sporting habis :D
mybe ada readers yang anggap semua ni biasa2 je,,tapi bagi aku~TERBAEK


p/s: dan aku pasti,,readers semua pasti ada kenangan dan memori terindah yang `best2' dan gempak bersama kawan2 yang korang tak boleh lupakan~sepanjang hayat :')

Monday, September 26, 2011

tipah tertipu lagi!


salam,,pada entry kali ni aku nak berkongsi sesuatu yang aku rasa ana patut kongsi dengan pembaca semua.ehhemm2,,tengok gambar yang aku edit kat atas tu.gambar seekor kucing jantan seolah-olah sedang `tackle' kucing betina yang muda tu~hehe

apa yang aku nak kita adaptasi pada kehidupan seharian kita (terutama sekali perempuan).:
cuba kita tengok,kalau kat berita.perempuan senang sangat kena tipu.kena ayat sikit.lari ikut jantan(ntah pape ntah).Cuba kalau kita (kaum hawa) keraskan hati.mantapkan iman.lelaki pujuk rayu,tarik perhatian macam mana pun kita tetap takkan hanyut.kan bagus.selamat dunia akhirat.insyallah~.ni tak.baru kenal 2minit kat mukabuku,dah gelojoh nak jumpa.bercinta.cinta pandang petama lah konon.sekali kena tipu,mencarut sana sini.lelaki sial,lelaki tak guna semua ayat yang tak elok keluar walhal yang salah diri sendiri,,
*p/s.wahai adik-adik,,kakak-kakak,,mak cik-mak cik.sedarlah.jangan mudah terpengaruh.ada otak pakai.ada akal fikir.allahualam. :D

Sunday, August 14, 2011

Mereka yang berubah!


aku memang trkejut jugak tengok ,,kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo yang tampil berketayap dan berjubah serba putih.Sambil gosok-gosok mata ana buka mata luas2,,oh. . betullah. .rupa-rupanya Pot, Azan,Mode,Taj, Zaff, Ameer dan Lah kini memang sudah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup diorang.Masa ana dapat tau. .entah. . aku macam..subhanallah!. .memang terbaik la kan :D

berikut sedikit yang dapat aku ambil daripada web:
Al Mawlid disifatkan mereka sebagai satu pertemuan yang cukup hebat. Menariknya, perubahan ke semua mereka berlaku tanpa dirancang. Pertemuan di majlis ilmu secara tidak sengaja mencetuskan penyatuan mereka dalam sebuah kumpulan yang digerakkan dengan nama Al Mawlid. 
Mengakui semakin tenang dengan jalan yang dipilih sekarang, namun perjuangan mereka pada muzik tidak pernah padam. Pesanan guru yang tidak menghalang mereka daripada meneruskan kerjaya dalam bidang muzik sedikit sebanyak melegakan lima sahabat ini.

“Guru kami berpesan, jadilah apa pun, asalkan kami menjadi umat yang mencintai Rasulullah. Sebenarnya sudah lama kami menantikan cahaya hidayah seperti ini yang mana, kami dipertemukan semula dalam majlis ilmu. Sebagai manusia, kami hanya menanti tiupan hidayah. Tetapi bila masa dan ketikanya hidayah akan tiba bukanlah kuasa kami, kerana Allah lebih tahu segala-galanya,” katanya.

Daripada perbualan dengan Azan ini, ternyata dia tidak sedikit pun mengungkit perjalanan hidupnya sebagai anak seni dan menganggap semuanya itu sebagai satu pengalaman hidup, bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada setiap manusia.

“Kami sedar, kami banyak dosa malah pernah hanyut satu ketika dulu. Semua orang tidak kiralah dalam apa industri sekalipun pasti pernah hanyut, bukan industri hiburan saja. Setiap kesalahan kita, Allah sudah susun tetapi pesan Rasulullah, kesalahan tidak boleh ada kali kedua.

“Perubahan ini sebenarnya kami anggap sebagai ujian. Adakah kami mampu untuk memikulnya dan mampukah kami terus kekal begini? Bagi memastikan pendirian kami kekal, banyak perkara yang kami lakukan bersama. 

“Contohnya menghadiri kelas ilmu, menganjurkan majlis bersama-sama, buat lagu juga kami lakukan bersama,” kata Azan mewakili sahabatnya yang lain.


p/s:semoga lebih ramai hamba Allah kembali ke pangkal jalan dan mendapat hidayah Allah s.w.t ~Allahualam :D

:D

lagu ni aku gunakan sebagai lagu tema Kem Ibadah SMK Seri Kundang selain lagu HambaMu.Memang best.hasil dari cadangan kawan aku Ukhti Syasya.Ana rasa seronok dan berpuas hati dengan respon daripada peserta kem.Mungkin lepas ni kalau aku dan fasilitator iaitu Uhti Syaya,,Ukhti A'a,,Ukhti wawa,,Ukhti fifi,,Ukhti Yaya,,Akhi Fufu,,Akhi Jaja,,Akhi Naz (maaf nama agak aneh) diberi peluang untuk meguruskan program ni kami memang tak akan menolak,hehe :)
Menguruskan program ni agak mencabar sebab dijalankan dalam bulan Ramadhan.Aktiviti tak boleh terlalu berat kerana takut ada yang tak tahan tapi kami berpegang pada prinsip `sedangkan orang islam pernah berperang dalam bulan Ramadhan'.jadi,apelah sangat jika nak dibandingkan dengan kita2 ni :] 


Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Thursday, June 9, 2011

Kenapa aku tak tutup aurat?

Koleksi jawapan popular `kenapa aku tak tutup aurat’.(pakai tudung baju ketat,tak pakai tudung,dll)
  • ·       Pintu hati belum terbuka
  • ·       Akan sampai masanya.
  • ·       Old fashionlah tutup sana tutup sini
  • ·       Orang yang pakai tudung bukan semuanya baik
  • ·       aku masih muda.belum nak mati.
  • ·       Ramai orang suka I macam ni
  • ·       Allah kan maha pengampun.nanti aku bertaubatlah


Kenapa tak cakap
·     aku teringin nak masuk neraka


huh…macam2 jawapan aku pernah dengar.Padahal sudah terang lagi bersuluhkan lampu sportlight bahawa telah trang tang tang tertulis di dalam Al Quran.
(ini tidak menutup aurat kerana menampakkan bentuk badan)

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak sedar (atau tak mahu sedar) bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki (dan memang tak berniat nak goda lelaki) tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui perkara yang sebenar.Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita (yang kononya sangat cantik di pandangan*tetapi tidak di hati)

Perintah menutup aurat ini dapat
menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati dengan sebaik-baiknya).


p/s :tutup aurat itu wajib,tak buat dosa besar.bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang yang melihat aurat awak :D

*amoi said: zurin kenapa islam semua tak boleh?.
*zurin: *selepas berceramah panjang~cuba kau tanya aku `zurin islam apa yang boleh?'.mesti kau akan cakap lepas tu `wah,islam semua boleh!'

Tuesday, May 31, 2011

terima kasih BRADER BEN!

Aku telah membuat promosi di facebook Sahabat Blogger bagi mnarik lebih ramai follower.Aku target dalam 100 orang je follow blog aku dalam masa sebulan (ermm…memangla sikit tapi bermakna bagi blogger kecil2an macam aku ni).Tiba2 agaknya brader Ben Ashaari terbaca aku punya `impian dan harapan`.So dia buat satu entry*buat aku terharu:
Selasa, 31 Mei 2011

ZUFASYAZUL
Kenapa aku pilih blog ni ? Haaa... tu korang kena tengok sendiri .. dan dia ada matlamat dia ... aku nak tolong capai matlamat dia.. hehhe..
Apakah matlamat dia ? g tengok kat http://zufasyazul.blogspot.com/


p/s: arigatou Brader Ben merealisasikan matlamat (entah pape) sy ni :D *jasamu dikenang^^.Dan selepas itu follower aku mencapai  100 orang dalam masa 5 minit.Alhamdulillah XD.Selepas ni insyallah aku akan buat entry2 yang best2 khas buat korang :]