Sunday, December 11, 2011

Kiamat checklist!

assalamualaikum & salam hormat kepda semua readers :)
pada kali ni aku ada topik yang bagi aku memang wajib sebagai umat  
islam aku sampaikan dan kongsikan bersama readers semua.KIAMAT 
CHECKLIST.Di bawah ni aku buat sebuah checklist tanda2 besar 
kiamat dan tanda2 kecil.Jom kita tengok :

TANDA KECIL:

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
“Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda 
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” 
– Sahih Bukhari./
/     
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, 
yang seenaknya melakukan 
persetubuhan seperti himar (keldai). 
Maka pada zaman mereka 
inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim./
/
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, 
rusuhan dan perubahan muka. 
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw;
 “Wahai Rasulullah bila hal ini 
terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila 
telah bermaharajalela bunyian (muzik) 
dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah./
/
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya 
kiamat ialah manusia bermegahan dalam 
mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai./
/
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga 
banyak perbuatan dan perkataan keji, 
memutuskan hubungan silaturahim dan 
sikap yang buruk dalam tetangga.” – 
Riwayat Ahmad dan Hakim./
/
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang 
baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali 
orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak 
mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad./
/
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik 
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
/
/
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah 
dekatnya hari kiamat ialah 
manusia tidak mahu mengucapkan salam
 kepada orang lain kecuali yang 
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad./
/
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a.
 “Di antara tanda-tanda telah hari 
kiamat ialah akan muncul pakaian2 
wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”./
/
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya 
hari kiamat ialah menggelembung 
(membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
/
/
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul 
pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita 
yang belum pernah kamu dengar 
& belum pernah didengar oleh 
bapa-bapa kamu sebelumnya, 
kerana itu jauhkanlah 
dirimu dari mereka agar mereka 
 tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
 – Sahih Muslim./
/
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu 
dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad./
/
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi 
padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim./
/
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam 
supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu 
kaum yang mencelupi rambut mereka 
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’
 yang mereka itu tidak akan 
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai./
/
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan 
yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, 
putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang 
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang
 paling baik (pilihannya)
.” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a./





seperti yang readers semua tengok semuanya dah pun BERTANDA.
maknanya sudah atau sedang berlaku.apakah persediaan readers semua??

TANDA-TANDA BESAR
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema 
di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah
yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah 
swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat 
daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan 
segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang 
akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan 
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan 
dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan 
oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman

Persoalannya.kenapa manusia terus leka?.Tunggu azab kena kat batang hidung baru 
nak gelabah?,Lumrah manusia. . selagi tak kena kat diri sendiri selagi itulah `relax'!.
anggap amalan dah menggunung~ingatlah kata pepatah rumah kata pergi, 
kubur kata mari.em,,aku bukannya nak bajet macam ustazah.tapi aku just 
nasihat atas dasar manusia sesama manusia,,muslim sesama muslim.kau muslim kan???
jangan tunggu satu hari kita bangun,,matahari terbit bukan seperti kebiasaan baru menangis 
meraung,,bertaubat kerana ketika itu semuanya sudah terlambat~allahualam

/