Sunday, August 14, 2011

Mereka yang berubah!


aku memang trkejut jugak tengok ,,kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo yang tampil berketayap dan berjubah serba putih.Sambil gosok-gosok mata ana buka mata luas2,,oh. . betullah. .rupa-rupanya Pot, Azan,Mode,Taj, Zaff, Ameer dan Lah kini memang sudah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup diorang.Masa ana dapat tau. .entah. . aku macam..subhanallah!. .memang terbaik la kan :D

berikut sedikit yang dapat aku ambil daripada web:
Al Mawlid disifatkan mereka sebagai satu pertemuan yang cukup hebat. Menariknya, perubahan ke semua mereka berlaku tanpa dirancang. Pertemuan di majlis ilmu secara tidak sengaja mencetuskan penyatuan mereka dalam sebuah kumpulan yang digerakkan dengan nama Al Mawlid. 
Mengakui semakin tenang dengan jalan yang dipilih sekarang, namun perjuangan mereka pada muzik tidak pernah padam. Pesanan guru yang tidak menghalang mereka daripada meneruskan kerjaya dalam bidang muzik sedikit sebanyak melegakan lima sahabat ini.

“Guru kami berpesan, jadilah apa pun, asalkan kami menjadi umat yang mencintai Rasulullah. Sebenarnya sudah lama kami menantikan cahaya hidayah seperti ini yang mana, kami dipertemukan semula dalam majlis ilmu. Sebagai manusia, kami hanya menanti tiupan hidayah. Tetapi bila masa dan ketikanya hidayah akan tiba bukanlah kuasa kami, kerana Allah lebih tahu segala-galanya,” katanya.

Daripada perbualan dengan Azan ini, ternyata dia tidak sedikit pun mengungkit perjalanan hidupnya sebagai anak seni dan menganggap semuanya itu sebagai satu pengalaman hidup, bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada setiap manusia.

“Kami sedar, kami banyak dosa malah pernah hanyut satu ketika dulu. Semua orang tidak kiralah dalam apa industri sekalipun pasti pernah hanyut, bukan industri hiburan saja. Setiap kesalahan kita, Allah sudah susun tetapi pesan Rasulullah, kesalahan tidak boleh ada kali kedua.

“Perubahan ini sebenarnya kami anggap sebagai ujian. Adakah kami mampu untuk memikulnya dan mampukah kami terus kekal begini? Bagi memastikan pendirian kami kekal, banyak perkara yang kami lakukan bersama. 

“Contohnya menghadiri kelas ilmu, menganjurkan majlis bersama-sama, buat lagu juga kami lakukan bersama,” kata Azan mewakili sahabatnya yang lain.


p/s:semoga lebih ramai hamba Allah kembali ke pangkal jalan dan mendapat hidayah Allah s.w.t ~Allahualam :D

:D

lagu ni aku gunakan sebagai lagu tema Kem Ibadah SMK Seri Kundang selain lagu HambaMu.Memang best.hasil dari cadangan kawan aku Ukhti Syasya.Ana rasa seronok dan berpuas hati dengan respon daripada peserta kem.Mungkin lepas ni kalau aku dan fasilitator iaitu Uhti Syaya,,Ukhti A'a,,Ukhti wawa,,Ukhti fifi,,Ukhti Yaya,,Akhi Fufu,,Akhi Jaja,,Akhi Naz (maaf nama agak aneh) diberi peluang untuk meguruskan program ni kami memang tak akan menolak,hehe :)
Menguruskan program ni agak mencabar sebab dijalankan dalam bulan Ramadhan.Aktiviti tak boleh terlalu berat kerana takut ada yang tak tahan tapi kami berpegang pada prinsip `sedangkan orang islam pernah berperang dalam bulan Ramadhan'.jadi,apelah sangat jika nak dibandingkan dengan kita2 ni :] 


Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah