Monday, March 31, 2014

P4EGYPT

Sekali lagi terpanggil untuk sertai flashmob hari ni (30/3/14)
Kali ni kami ber-flashmob bagi mendedahkan pada masyarakat umum tentang isu terbaru yang sedang berlaku di Mesir iaitu 529 anggota ikhwanul muslimin yang dijatuhkan hukuman mati.



 
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC.
 

Aktiviti bermula bila kami berkumpul di LRT Masjid Jamek pada jam 12.00 tegah hari. mengikut plan asal, kami akan berarak dari LRT Masjid Jamek hingga ke depan Sogo. Ya dan itulah yang kami buat. Sambil berarak kami dibekalkan berhelai helai kertas edaran yang mempunyai info lengkap mengenai isu Mesir.


Nak bagi kertas satu hal. nampak mudah, tapi biasalah orang Malaysia. Nampak orang bagi kertas macam hulur senapang. Punya lah 'takut' nak baca -.-

Ada yang tarik muka, ada yang 'ok3' sambil angkat tangan dan percepatkan langkah tapi aku tak faham apa yg dia ok sebab aku tak cakap apa-apa pun. errr

dan lagi tak boleh blah bila ada sorang sahabat fillah ni bagi flyers, then makcik ni taknak. Alasannya sebab "eh,saya orang singapore bukan orang sini". then sahabat fillah ni jawab, 'eh makcik ni bukan untuk Malaysia je.Tapi untuk seluruh duania dan semua kena tahu apa jadi pada mereka. Mereka ni Islam.Siapa nak perjuangkan kalau bukan islam sendiri?'. makcik tu terdiam dan ambil flyers.

Tapi alhamdulillah, semua orang yang aku jumpa hari ni memberikan sokongan dan terima edaran yang aku bagi. TETAPI, setiap kali aku bagi edaran aku terpaksa cakap 'saya bukan jual barang' supaya diorang tak lari. Aku dan flashmobbers lain dah topup ilmu pasal Mesir melalui bacaan, yelah kot2 la ada yang tak faham boleh la tanya kat kami. hehe



tengok depa dok khusyuk baca flyers yang cek bagi.hewhew


cek jadi minah pacak pegang sign. 2 jam! win! *biasanya berdiri 30 minit dah tumbang.


Tiba di Sogo ukhti Fatin bagi sedikit taklimat ringkas. Usai solat zohor dan makan kain rentang dan poster dah pun dibentangkan di hadapan Sogo. Bermulalah misi kami untuk mendapatkan tandatangan sokongan, memberi penerangan mengenai isu Mesir pada orang ramai. 






jangan risau. mereka berdiri betul2 tepi jalan. selamat dan tak ganggu pengguna jalanraya :)





Reaksi? memang pelbagai. Ada yang menjeling, buat muka pelik, takut pun ada. Ada sorang pakcik ni bertanya dengan suara yg agak lantang "korang ni buat rusuhan ke? buat mogok?'. No harms la pakcik :)




Kami angkat sepanduk sepanjang jalan. dan ada yang memegang sepanduk menghadap pintu masuk Sogo. Setiap dalam lebih kurang 40 minit beberapa orang ikwah berbaris dan membuat kind of 'sketsa' tapi bukan sketsa (maaf tak tahu nak panggil apa :| ) . setiap seorang daripada mereka ada ayat sendiri yang telah mereka bahagikan sesama ikhwah.




The best part is bila ada dua tiga orang asyik nak ambil gambar kami. Kemudian cakap arab. Oh rupanya diorang ni orang Mesir. Diorang memang sangat terharu atas keperihatinan rakyat Malaysia yang sokong presiden Morsi. 


"Teruskan sokong Mursi ! Terima Kasih sangat-sangat ! semoga Allah membalas jasa kalian "

-Translate arab-melayu


ex classmate form six  :D
diakhiri dengan doa rabitah, tasbih kifarah, surah al-asr




aseef yg terkeluar frame :(

p/s: TERIMA KASIH ALLAH, terima kasih kepada flashmobbers, terima kasih kawan baharu, terima kasih orang ramai yang lalu lalang, terima kasih kamu yang tandatangan, terima kasih anda-anda yang bagi semangat, khusus buat kamu yang mendoakan :)







Wednesday, March 12, 2014

Jauhnya Juna

aku asyik repeat dengar lagu yg sama.
Arjuna beta
makin ditelan makin aku hadam lirik lagu ni

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal
Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Pada mulanya aku kenal kokping dari insta. saja stalk orang
ya biasala, kokping masukkan  gmbr anak dia etc sayang anak bla3 bagai. .
tapi makin aku scroll, makin aku rasa sebak.


DEEP sangat caption pada gambar kokping :'(
apa yg dapat aku simpulkan, betapa kokping SANGAT sayangkan anaknya juna dan betapa dia takut pada kenyataan bahawa juna akan membesar dan tinggalkan dia utk jalani hidup sndiri.


Tak semena-mena mata aku masuk habuk *ehem.

Fius pada otak aku mula bersambung, deria hati terbuka.


Adakah macam ni mak-mak kita rasa?


Anak-anak makin besar makin rasa menjauh.
Bertahun umi abah besarkan, bila kita tak kenal dunia luar diorang ni segalanya bagi kita


Tapi bila kita dah start ada kawan, kita banyak dok cerita pasal kawan.
keluar dengan kawan
makan dengan kawan
post gambar pun banyak dgn kawan
persoalannya, aku pun macam tu ke?
sungguh kalau betul. . . .maafkan aku :(((





p/s : umi abah yg sado, gagah ,protektif, sporting. sayang lillahita'ala


Wednesday, February 12, 2014

dear Avila

assalamualaikum :)
Pagi Rabu aku dan beberapa kawan yang lain berjanji nak berjumpa di sekolah atas beberapa urusan penting yg perlu diselesaikan.
Biasa, janji melayu lazimnya setengah jam lewat dari waktu yg dijanjikan.
Bagi aku setengah jam = masak nasi +masak lemak rebung+goreng ikan masin+makan+kenyang+tengok iklan tv3

akhirnya aku duduk kt kantin dan semua student pandang aku macam atas kepala aku ada tanduk uniccorn.
ok
ok
watlek sudah

akhirnya ada sorang budak minta izin nk duduk sebelah aku. sopan sangat
indian

apa yg buat aku sangat tertarik dengan budak ni ialah betapa dia sangat minat dengan bahasa Melayu. sepanjang aku duduk kat Malaysia ni memang aku ada ramai kawan India tapi memang takda yang betul betul betul minat Bahasa Melayu.

yang buat aku lagi terkejut dia tulis novel bertajuk 'Kawanku'. amazed :o hebat dia ni sebab yang melayu pun ada yang susah nak minat bahasa sendiri apa lagi tulis novel.ye dak??
sambil duduk aku bagi semangat untuk dia sambung dalam bidang sastera Melayu *promote kelas. heheh . dia minat puisi sampai siap deklamasi sajak dekat aku. not bad :)



walaupun dari segi penggunaan bahasa dia agak kelaut, aku rasa dengan minat,usaha dia mungkin suatu hari nanti dia dpt terbitkan novel tu. siapa tahu ?




p/s : selamat maju jaya Avila. terima kasih sebab tegur kakak :)