Sunday, August 14, 2011

Mereka yang berubah!


aku memang trkejut jugak tengok ,,kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo yang tampil berketayap dan berjubah serba putih.Sambil gosok-gosok mata ana buka mata luas2,,oh. . betullah. .rupa-rupanya Pot, Azan,Mode,Taj, Zaff, Ameer dan Lah kini memang sudah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup diorang.Masa ana dapat tau. .entah. . aku macam..subhanallah!. .memang terbaik la kan :D

berikut sedikit yang dapat aku ambil daripada web:
Al Mawlid disifatkan mereka sebagai satu pertemuan yang cukup hebat. Menariknya, perubahan ke semua mereka berlaku tanpa dirancang. Pertemuan di majlis ilmu secara tidak sengaja mencetuskan penyatuan mereka dalam sebuah kumpulan yang digerakkan dengan nama Al Mawlid. 
Mengakui semakin tenang dengan jalan yang dipilih sekarang, namun perjuangan mereka pada muzik tidak pernah padam. Pesanan guru yang tidak menghalang mereka daripada meneruskan kerjaya dalam bidang muzik sedikit sebanyak melegakan lima sahabat ini.

“Guru kami berpesan, jadilah apa pun, asalkan kami menjadi umat yang mencintai Rasulullah. Sebenarnya sudah lama kami menantikan cahaya hidayah seperti ini yang mana, kami dipertemukan semula dalam majlis ilmu. Sebagai manusia, kami hanya menanti tiupan hidayah. Tetapi bila masa dan ketikanya hidayah akan tiba bukanlah kuasa kami, kerana Allah lebih tahu segala-galanya,” katanya.

Daripada perbualan dengan Azan ini, ternyata dia tidak sedikit pun mengungkit perjalanan hidupnya sebagai anak seni dan menganggap semuanya itu sebagai satu pengalaman hidup, bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada setiap manusia.

“Kami sedar, kami banyak dosa malah pernah hanyut satu ketika dulu. Semua orang tidak kiralah dalam apa industri sekalipun pasti pernah hanyut, bukan industri hiburan saja. Setiap kesalahan kita, Allah sudah susun tetapi pesan Rasulullah, kesalahan tidak boleh ada kali kedua.

“Perubahan ini sebenarnya kami anggap sebagai ujian. Adakah kami mampu untuk memikulnya dan mampukah kami terus kekal begini? Bagi memastikan pendirian kami kekal, banyak perkara yang kami lakukan bersama. 

“Contohnya menghadiri kelas ilmu, menganjurkan majlis bersama-sama, buat lagu juga kami lakukan bersama,” kata Azan mewakili sahabatnya yang lain.


p/s:semoga lebih ramai hamba Allah kembali ke pangkal jalan dan mendapat hidayah Allah s.w.t ~Allahualam :D

2 comments: