Thursday, June 9, 2011

Kenapa aku tak tutup aurat?

Koleksi jawapan popular `kenapa aku tak tutup aurat’.(pakai tudung baju ketat,tak pakai tudung,dll)
  • ·       Pintu hati belum terbuka
  • ·       Akan sampai masanya.
  • ·       Old fashionlah tutup sana tutup sini
  • ·       Orang yang pakai tudung bukan semuanya baik
  • ·       aku masih muda.belum nak mati.
  • ·       Ramai orang suka I macam ni
  • ·       Allah kan maha pengampun.nanti aku bertaubatlah


Kenapa tak cakap
·     aku teringin nak masuk neraka


huh…macam2 jawapan aku pernah dengar.Padahal sudah terang lagi bersuluhkan lampu sportlight bahawa telah trang tang tang tertulis di dalam Al Quran.
(ini tidak menutup aurat kerana menampakkan bentuk badan)

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak sedar (atau tak mahu sedar) bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki (dan memang tak berniat nak goda lelaki) tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui perkara yang sebenar.Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita (yang kononya sangat cantik di pandangan*tetapi tidak di hati)

Perintah menutup aurat ini dapat
menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati dengan sebaik-baiknya).


p/s :tutup aurat itu wajib,tak buat dosa besar.bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang yang melihat aurat awak :D

*amoi said: zurin kenapa islam semua tak boleh?.
*zurin: *selepas berceramah panjang~cuba kau tanya aku `zurin islam apa yang boleh?'.mesti kau akan cakap lepas tu `wah,islam semua boleh!'

3 comments: