Sunday, October 6, 2013

Freedom Flashmob KLCC : my view

Assalammualaikum semua 
Selama ni tengok video orang buat flashmob kat youtube je entah macam mana member usrah yang aku kenal melalui whatsapp ada buat group StandUp Flashmob. Memang tak fikir panjang aku terus join. Sebab memang dah lama sangat3 teringin nak sertai flashmob cuma tak tau nak contact siapa dan lain-lain.

5 oktober 2013

Aku beranikan diri untuk join flashmob harini. Ajak kawan2 dan nampaknya sorang je sangkut nak join aku. Anis Farizan :)
Dalam pukul 10 pagi kami sampai Jelatek untuk rehearsal. Walaupun kami semua tak pernah jumpa, atas niat sama untuk menarik rasa prihatin masyarakat kepada isu negara-negara islam, kami terus rapat.
Kami berlatih menyanyi lagu Maher Zain- Freedom dan berlatih untuk tarik orang supaya menyanyi dengan kami. Budak-budak tengah lepak kat taman pun kami ajak sekali.





Masa tengah siapkan poster ada sorang perempuan datang kat kami. Cantik orangnya
Kami panggil dia Kak Amal. Orang Syria yang sanggup datang dari Pahang untuk join flashmob ni. Lepas dapat tahu pasal flashmob ni dari facebook dia datang sini dengan mak angkat dia. Sementara tangan dok ligat siapkan poster, dengar cerita Kak Amal pasal Syria.
Jujurlah, muka macho je masa dengaq cerita Kak Amal tapi aku percaya hati-hati kami yang dengar ni semua dah menangis-nangis. Mana taknya, Kak Amal tengok sendiri saudara dia kena tembak kat kepala tak kurang ada yang lumpuh akibat kekejaman tentera.

antara cik adik yang organize kami pagi ni

Kak Amal (white shawl) tengah cerita pasal negara dia.

muka-muka rajin

Bila kami tanya kenapa datang Malaysia, dia jawab bahawa dia perlu lakukan sesuatu untuk bantu keluarga dia kat Syria. Kalau dia stay sana dia akan mati dan tak boleh bantu keluarga. At least kat Malaysia dia boleh kerja dan hantar duit. Now dia jadi guru bahasa arab kat Pekan, Pahang. Ikutkan hati, Kak Amal nak bawa family dia tinggal kat Malaysia. Tapi perlukan duit yang banyak dan dia tak mampu nak tanggung kos perbelanjaan. Keluarga dia duduk kat satu tempat terpencil dan Kak Amal bagi tahu kawasan tu ‘a bit safer than other places. A bit safer. . .’. sebab kawasan lain memang Kak Amal kata jet tiap tiap hari lalu dan boleh dengar peluru jatuh sana sini.

Brader yang baju belang-belang tu pun orang Syria yang turut datang rehearsal.

Bila buat program ni dia tahu ada umat Islam yang concern pasal kemelut yang melanda negara dia. Kak Amal ada cakap, ‘I dont care who win who lose. I just want my life back. I want my family’. Sebak rasa. . Mesti dia rindu family dia kan ?



rehearsal time

Lepas lunch, solat zohor, join usrah kat Masjid Assyakirin KLCC, kami rehearsal sekejap. Kali ni ramai rupanya yang join kami petang nanti. Ada lebih kurang dalam 10 orang Syria datang bawa bendera mereka.

kenal tak ? kala kenal anda hebat. huhuh

Usai solat asar dan perkongsian dari brader yang pernah pergi Syria, kami bergerak secara sedikit demi sedikit pergi ke hadapan Suria KLCC. Alaa, tempat air pancut tu.

 Aku dan kawan-kawan buat buat hal sendiri. Berborak, ambil gambar dan usha-usha orang keliling. Tunggu signal dari ahli flashmob yang lain.

Kami kenal each other tak sampai 24 jam dah rasa kamcing woo


Kami lepak jauh sangat. Sekali depa dah start nyanyi, kami pun berlari gi kat depa sampai rasa macam nak tercabut kaki. Naikkan bendera Palestin, Mesir,Syria dan nyanyi. Ramai yang datang nyanyi dengan kami. Tak kurang juga orang ramai datang kerumun dan ambil gambar & video.







Ada sesuatu yang aneh masa kami nyanyi sebelah air pancut tu. Corak pusingan air tak seperti biasa. Basah jugaklah sukarelawan yang menyanyi area belakang termasuklah aku. Lepas laungan takbir sebanyak 3 kali, datang pengawal keselamatan suruh kami bersurai. Ada abang ni berunding dengan pakcik pengawal tu. Brader ni cakaplah, kami tak kacau dan cederakan orang ramai kami cuma nyanyi je. Aku sendiri dengar dari walkie talkie pakcik tu ada orang suruh ambil bendera dari beberapa orang perempuan foreigner (tak sure dari syria ke bukan) yang tengah bergambar supaya kami beredar.

Aku pun ambil gambar dengan admin aku. Pakcik tu usha semacam sambil tunjuk2 kat bendera kami dan buat isyarat suruh simpan. Okay, fine. Bak kata kak syida kami cuma nyanyi 1 lagu tak boleh bukan buat tarian tiang depan orang ramai pun.

Ini pengalaman pertama dan definitely bukan terakhir. Niat kami bukan untuk cetuskan keganasan jadi jangan pandang kami macam pengganas. Kami cuma nak tarik perhatian orang supaya sedar dan prihatin tentang isu dunia. Isu kemanusiaan


Allahualam



ukhuwah fillah abadan abada. 
till we meet again Syafiqah, Anis, Kak Syida and Kak Amal :')

6 comments:

  1. assalamualaikum...hmm..bestnya dpt join flashmob..slalu dok tgk ja.. hehe.tahniah

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam. best sangat.if berminat boleh join kami.kami perlukan lebih ramai sukarelawan :)

    ReplyDelete
  3. zurin ! kak dani nihhh ! tak tau la zurin ingat ke tak. nak gambar yang masa flashmob tu boleh? hehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Oh akak!.haha, add fb zurin nanti pm zurin k.maaf baru usha blog.hiiii

    ReplyDelete
  6. zurin. baru2 ni kak Amal ade keluar tv. tp xigt program apa :)

    ReplyDelete