Sunday, May 29, 2011

Kritik jangan tak kritik!!




memang lumrah kehidupan manusia ni,,semua benda nak kritik,,.Tengok tu nak komen tengok ni tak puas hati.Almaklumlah setiap manusia mempunyai kelemahan diri sendiri.Sebenarnya perkataan Kritik berasal dari bahasa Greek κριτικός, kritikós - "yang membezakan", perkataan ini sendiri diturunkan dari bahasa Yunani Kuno κριτής, krités, yang bermaksud "orang yang memberikan pendapat beralasan" atau "analisis", "pertimbangan nilai", "interpretasi", atau "pengamatan". Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan seseorang pengikut pendirian yang berselisih dengan atau menentang objek kritikan.




Masalahnya bila dah bagi kritikan mencaci,,memaki,,masihkah dikira kritikan??.Itu menghina namanya!!.Apa salahnya kalau bagi kritikan tu yang sopan dan membina..tak salahkan??..Lagipun siapa kita di muka bumi Allah ni nak menilai yang buruk2 pasal orang lain.CERMINLAH DIRI DAHULU ye pakcik2,,makcik2,,adik2,,abang2 dan kakak2.





Berikut aku kongsikan sdikit :

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.

 Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).

p/s : saja biarkan tulisan merah biar nampak sikit,,(ehem ehem..).

8 comments:

  1. setuju, tak baik kritik sesuka hati

    ReplyDelete
  2. nak kritik tak salahkan..tp biar kena caranya..lagi satu..kita kena belajar menerima kritikan..ada betulnya sesetengah kritikan itu..=)

    ReplyDelete
  3. kritikan adalah penting juga.... bila orang kritik kita tahu apa yang orang kata tentang kita.. dan kritikan yang baik boleh membantu kita.. kritikan yang kurang baik harus ditepis dengan baik....

    ReplyDelete
  4. kritikan membina tu bagus!
    singgah dari blog abg ben n terus follow awak!

    ReplyDelete
  5. kritik tu bleh, tp menghina tu xbleh.. kena bezakan antara dua tu..~ ^_^

    ReplyDelete
  6. kbanyakan pngkritik x bg yg mmbina..lbih suka hentam org x tntu pasal..tau lar pro pn..huhu

    singgah follow awk..feel free to follow me back :D

    ReplyDelete
  7. kritik jgn sampai menghina @ menjatuhkan maruah seseorang.

    ReplyDelete
  8. betul3,,kritik boleh,,hina??lebih la tu-___-"

    ReplyDelete