Saturday, May 21, 2011

Nak pandai??baca entry ni :D

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini saya ingin kongsikan bukan sahaja sebagai penambah ilmu sambil bersantai tetapi juga sebagai renungan

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

(mau sebaldi kalau tadah,,dapat kurangkan kadar kemarau tu..)

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 


(tapi kalau sudah ajal nak buat macam mana kan??)

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. 

(itupun kalau orang tu ada telefon kat rumah dia)

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


 

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 
(agaknya kenapa??)

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

(boleh mati tau kalau tak berhenti-henti bersin ^^)

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
(itu maknanya tak semestinya badan besar tak boleh lari)

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
(kalau manusia boleh tukar??agaknya berapa kali dah kita tukar)

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


* Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.
* Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

* Siput boleh tidur selama 3 tahun.

(kalau manusia boleh tidur 3-4 tahun,,kuburlah jawabnya)
* Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

(sejuta??patutlah tikus kat rumah nenek dah dapat bunuh seekor ada lagi yang keluar)
* Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

(sebab itulah kena korek telinga selalu *untuk orang yang selalu guna headphones)
* Setiap lipstik mengandung sisik ikan.
(cuba bayangkan sisik ikan tu dalam lipstick *ee,,yeww)
* Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

3 comments: